Home Ateis NILAI FITRAH SEORANG MANUSIA ADALAH BERTUHAN DAN BERAGAMA, NAMUN KERANA EGOIS GOLONGAN...

NILAI FITRAH SEORANG MANUSIA ADALAH BERTUHAN DAN BERAGAMA, NAMUN KERANA EGOIS GOLONGAN ATEIS, LEBIH SANGGUP MENGANGKAT PEMIMPIN SEBAGAI TUHAN

323
0

Negara China mendokong ideologi Komunisme berteraskan nilai materialisme menyebabkan ianya banyak bercanggah dengan norma keagamaan. Negara yang berideologi komunis ini akan menindas kelompok beragama tidak kiralah ianya Islam, Kristian, Budhha atau sebagainya. Semua bentuk perkembangan agama akan disekat. Hasil daripada ideologi itu maka lahirlah masyarakat yang tidak beragama.

Walau bagaimanapun, nilai fitrah kebertuhanan di dalam diri setiap manusia yang Allah SWT tanamkan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dipadamkan. Walaupun masyarakat China telah menghalang masyarakatnya berTuhan, sebaliknya secara tidak langsung mereka juga membenarkan masyarakatnya berTuhan iaitu berTuhankan pemimpinnya seperti Mao Zedong (presiden pertama China). Sedangkan Mao Zedong adalah seorang diktator yang direkodkan dalam sejarah sebagai pembunuh paling besar dalam sejarah manusia, dengan 70 ribu lebih kematian, namun dia dianggap sebagai seorang figura suci bagi rakyat China dan menyembahnya sebagai Tuhan. Mengapa?

Negara Korea Utara juga mempraktikkan ideologi yang sama iaitu komunisme. Nasibnya sama seperti China, dihalangnya masyarakat untuk beragama, namun disebalik itu dijaja dengan kisah pendewaan pemimpinnya seperti Kim ll Sung, Kim Jong ll dan Kim Jong Un sehingga diagung-agungkan oleh rakyatnya. Oleh sebab itu, Korea Utara dikategorikan sebagai negara ateis kerana 64% penduduknya tidak memiliki agama. Sehinggakan jika diketahui beragama maka akan dijatuhkan hukuman mati atau dibawa ke kem kerja paksa bersama tahanan politik yang lain dimana hasilnya hanya sedikit yang selamat dari kondisi yang mengerikan.

Beginilah cara Komunis mengisi nilai keberTuhanan yang ada dalam diri masyarakat. Maka tidak hairanlah apabila negara China dilaporkan hampir sejuta rakyat Uyghu beragama Islam ditahan di kem-kem tahanan, diseksa dengan teruk, begitu juga dengan gereja-geraja Kristian turut diruntuhkan. Pemaksaan nilai sekular dan ateis oleh negara-negara berkenaan seharusnya dijadikan tauladan kepada rakyat Malaysia khususnya yang bebas untuk mengamalkan pelbagai agama tanpa ada apa-apa sekatan. Maka beramallah dengan sebaiknya, mengapa lagi perlu mengeluh dan mempersoalkan kewujudan Allah, sedangkan ianya adalah nikmat terbesar yang engkau dustakan. Renung-renungkan.

Sumber: Fakir Ilmu