Isu penghinaan terhadap orang Islam adalah isu yang tidak pernah lenyap selagi wujudnya musuh-musuh Islam yang sangat iri hati dengan agama dan umat Islam, walaupun tidak pernah ada unsur provokasi terhadap mereka. Golongan kafir laknatullah ini bertindak dengan pelbagai cara untuk mendatangkan kemarahan kepada umat Islam. Misalnya, membakar al-Quran, menghina Allah SWT dan Rasulullah SAW, mencaci-maki para Sahabat Nabi SAW dan sebagainya.
Pada bulan JULAI 2023 yang lepas, seorang lelaki warga Thailand dipercayai beragama Budhha dengan bangganya menularkan perbuatannya memijak kitab suci umat Islam, al-Quran di media sosial miliknya. Lelaki tersebut bukan sahaja memijak dan mengoyakkan al-Quran, malah menggunakan lembaran kalimah suci umat Islam itu sebagai pelapik selipar.
Pada zaman Nabi SAW dahulu, terdapat seorang pemuda yang menghina baginda dan mati dalam keadaan yang tidak diterima bumi. Setelah ditanamkan mayatnya, bumi mengeluarkan balik mayatnya, ditanamkan kali kedua, malah perkara sama terjadi. Inilah antara azabNya yang pernah diceritakan di dalam riwayat-riwayat hadis jika menghina Nabi SAW. Justeru itu, ambillah pengajaran dari kisah ini. Lebih baik hidup dalam masyarakat berhormani, biarpun anda tidak memeluk agama Islam. Hormatilah agama masing-masing, sudah dapat beramal dengan kepercayaan masing-masing dalam keadaan amal juga merupakan salah satu nikmat hidup dalam pelbagai masyarakat, agama, bangsa dan warna kulit.
Mengapa perlu bersengketa jika ia boleh memudaratkan diri, agama anda dan mengancam keharmonian negara? Sedangkan perbuatan itu adalah tindakan yang membawa ke arah keganasan secara tidak sedar. Renung-renungkan.
Sumber: samudera.my dan tzkrh.com