Home Kemanusiaan/Motivasi BERPADA-PADALAH DALAM MENCINTAI DAN MEMBENCI ORANG LAIN (JANGAN DIKUASAI EMOSI DAN NAFSU)

BERPADA-PADALAH DALAM MENCINTAI DAN MEMBENCI ORANG LAIN (JANGAN DIKUASAI EMOSI DAN NAFSU)

1070
0

Sudah menjadi fitrah manusia untuk mempunyai perasaan kasih sayang, mencintai dan dicintai. Begitu juga dengan perasaan negatif seperti membenci, amarah dan sakit hati. Namun sebagai umat Islam, kita seharusnya tidak hanyut dengan perasaan-perasaan tersebut secara berlebihan. Hal ini kerana dikhuatiri akan menyebabkan penyesalan di kemudian hari.

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai.” (HR at-Tirmidzi: 1997)

Cintailah seseorang itu berpada-pada, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan membenci dan menjadi musuh kita. Mungkin hari ini kita fikir dialah yang terbaik untuk kita, tetapi esok tidak diketahui lagi bagaimana. Begitu juga dalam membenci seseorang, kita tidak mengetahui kemungkinan dia akan menjadi seseorang yang terbaik untuk kita. Jadi, besederhanalah dalam hidup yang semestinya menjadi keperluan bagi kita. Jadilah seorang yang sentiasa tenang dan tidak dikuasai oleh emosi dan nafsu.

Firman Allah SWT:

“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS an-Nisa’: 19)

Kesimpulannya, kita haruslah mengimbangi perasaan-perasaan tersebut dengan logik akal dan bukan mengikut emosi kerana kelak di kemudian hari biasanya akan berlaku penyesalan yang tidak berpenghujung. Apa pun yang Allah berikan kepada kita meskipun baik mahupun buruk, sudah tentu ia adalah jawapan yang terbaik. Allah SWT Maha Mengetahui akan keperluan hambaNya.

Sumber: Website Universiti Teknologi Malaysia (people@utm)