Home Liberalisme AGENDA FAHAMAN LIBERAL SEMAKIN BERLELUASA SEHINGGA MEMPENGARUHI AKIDAH SESEORANG

AGENDA FAHAMAN LIBERAL SEMAKIN BERLELUASA SEHINGGA MEMPENGARUHI AKIDAH SESEORANG

1023
0

Dalam keadaan sedar mahupun tidak, umat Islam hari ini khususnya di Malaysia sedang berhadapan dengan ancaman daripada penularan idea liberal yang semakin merebak meresapi pemikiran. Kelompok yang mendukung fahaman liberal juga semakin mendapat tempat dalam dunia Islam

Pada masa yang sama juga, terdapat segelintir pihak yang tidak menyedari bahawa mereka turut sama membawa dan menyuburkan lagi idea liberal tanpa melihat fahaman liberal tersebut sebenarnya adalah sebagai suatu bentuk ancaman yang mengundang malapetaka bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada seluruh manusia disebakan oleh ideologinya telah terserap dalam segenap aturan kehidupan.

Antara agenda yang dikenalpasti menjadi perjuangan kumpulan Islam Liberal ini adalah:

  1. Menggalakkan ijtihad (pentafsiran semula) ayat-ayat al-Quran dan hadis dengan menggugurkan tafsiran al-Quran yang dirasakan terlalu konservatif supaya dapat disesuaikan dengan kehidupan moden.
  • Memperjuangkan hak kesamarataan antara gender
  • Mempertikaikan penggunaan hukum syar’ie dengan mendakwa al-Quran dicipta untuk masyarakat pada masa yang dahulu dan akal mestilah digunakan untuk menyelesaikan masalah pada masa kini
  • Melahirkan sikap yang skeptical terhadap kesahihan ilmu-ilmu yang dikaitkan dengan Islam seperti ekonomi Islam, Sains Islam sebagai satu cabang ilmu yang berasingan. Lebih gemar merujuk kepada hasil kerja Barat.

Demikianlah betapa liberalisme berjaya merentasi segenap lapisan masyarakat sehinggakan sebahagian besar idea-idea liberal telahpun diterima sebagai norma kemanusiaan, manakala sebahagian yang lain pula cuba diselitkan agar dapat diterima sebagai nilai-nilai sejagat yang mencorakkan aturan kehidupan.

Sumber: http://my-e-perjuangan.blogspot.com/