Home KRISTIANISASI AWASI MODUS OPERANDI GERAKAN KRISTIANISASI!!! MENJADIKAN BIDANG PENDIDIKAN SEBAGAI PLATFORM MENYUSUP IDEOLOGINYA...

AWASI MODUS OPERANDI GERAKAN KRISTIANISASI!!! MENJADIKAN BIDANG PENDIDIKAN SEBAGAI PLATFORM MENYUSUP IDEOLOGINYA UNTUK MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM

394
0

Perpaduan di antara umat Islam seantero dunia adalah satu kekuatan yang menjadi kekhuatiran kepada bangsa Eropah dan menggerunkan penganut Kristian. Lihat sahaja setiap kali musim haji atau umrah, seluruh umat Islam akan berkumpul di tanah haram serta mengerjakan amalan-amalan ibadah pada waktu yang sama dan perbuatan yang sama seperti berwukuf di Arafah, melontar jamrah di Mina, bermalam di Mina, ‘mabit’ di Muzdalifah (berada seketika di Muzdalifah), melakukan ibadah solat, tawaf, saie dan sebagainya. Berkumpul dalam satu kelompok yang besar tanpa mengira bangsa, warna kulit, negara mahupun kedudukan pangkat dan harta untuk melakukan ibadah dalam rangka mengabdikan diri pada yang Maha Esa adalah melambangkan integrasi antara umat Islam sangat kuat dan sukar untuk diruntuhkan.

Maka gerakan Kristianisasi merasakan adalah sangat penting untuk menggagalkan gagasan kesatuan Islam ini dengan memecah-belahkan umat Islam sehingga mereka kekal tidak bernilai dan tidak berpengaruh. Menurut paderi Lawrence Brown, “Apabila umat Islam bersatu dalam sebuah kerajaan Arab, mereka akan menjadi kuasa yang paling berbahaya di dunia dan menjadi penghalang yang paling kukuh terhadap perjalanan gerakan Kristianisasi.”

Sehubungan itu, mereka bergerak untuk menghancurkan ikatan ukhwah umat Islam supaya umat Islam sentiasa berpecah belah sehinggakan tidak ada lagi kekuatan kesatuan umat Islam di seluruh dunia. Salah salah satu cara penyebaran ideologi Kristian yang dilakukan oleh gerakan Kristianisasi ini ialah melalui bidang pendidikan. Mereka mengerahkan segala tenaga dan keupayaan untuk menjadikan pendidikan sebagai cara penyebaran ajaran Kristian yang berkesan. Bagi mencapai matlamat tersebut, mereka mendirikan sekolah, kolej, universiti, sekolah menengah, pusat asuhan, taman kanak-kanak dan sekolah-sekolah khas.

Semenjak 150 tahun yang lalu, mereka menyebarkan tidak kurang dari 100 juta naskah Kitab suci Kristian iaitu Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru yang telah diterjemahkan ke dalam 130 bahasa termasuklah Bahasa Melayu bagi tujuan mempergiatkan gerakan Kristianisasi di seluruh dunia. Di bidang pendidikan ini golongan orientalis dan Kristian bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama mereka. Hasilnya, ramai umat Islam yang lemah imannya terpengaruh dengan dakyah mereka. Oleh sebab itu, kini tidak hairan jika kita melihat mereka yang beragama Islam di dalam kad pengenalan, namun cara kehidupan dan cara berfikiran tidak melambangkan Islam malah bangga dengan kehidupan ‘kebaratan’ yang ditunjukkan. Apakah tanda itu?

Sumber: Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran – 2010