Home MURTAD TEOLOGI KRISTIAN-MELAYU DIBINA MIRIP AGAMA ISLAM BAGI MENJAYAKAN MISI KONSTEKSTUALISASI MURTAD

TEOLOGI KRISTIAN-MELAYU DIBINA MIRIP AGAMA ISLAM BAGI MENJAYAKAN MISI KONSTEKSTUALISASI MURTAD

54
0

Golongan misionari Kristianisasi menganggap masyarakat Melayu-Islam adalah golongan yang paling sukar dimurtadkan. Maka mereka mencuba pelbagai pendekatan untuk menjayakan misinya.

Antaranya menggunakan strategi ‘kontekstualisasi’ iaitu mengekalkan identiti serta nilai-nilai kehidupan asal seseorang yang beragama Islam. Strategi halus untuk mengkristiankan orang Melayu itu membolehkan golongan berkenaan berterusan berada dekat dengan kehidupan serta keluarga masyarakat Islam.

Kaedah konstekstualisasi yang digunakan oleh golongan terbabit sebagai ‘gerakan dalaman’ atau ‘insider movement’ agar selesa dengan keadaan murtad dan tidak kehilangan identiti asal sehingga terpisah daripada masyarakat.

Teologi untuk golongan Kristian-Melayu juga sedang dibina dan turut merangkumi amalan seperti cara solat, puasa 30 hari bulan Ramadan dan adat resam. Sebagaimana yang berlaku di Indonesia, ada antara gereja di sana mengubah waktu berhimpun pada hari Ahad kepada hari Jumaat untuk mirip dengan amalan orang Islam.

Justeru itu, berhati-hatilah dengan agenda halus golongan Kristian untuk memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu. Meskipun jumlah sebenar ‘gerakan dalaman’ di Malaysia tidak diketahui, namun jumlahnya di seluruh dunia adalah sekitar 400,000 orang. Seharusnya kita mempertahankan identiti sebagai orang Melayu-Islamyang kukuh pendiriannya mentaati agama disamping menghormati adat resam dan budaya. Tunjukkan pada mereka bahawa Melayu-Islam bukanlah calang-calang bangsa yang mudah diperkotak-katikkan. Melayu-Islam sejati sentiasa menjunjung agama dan adat.

Sumber: muafakatmalaysia.wordpress.com