Home Liberalisme KONTROVERSI ANAK-ANAK TAHFIZ KE KONSERT ‘KEPCI’!!! JANGAN DIRACUNI PEMIKIRAN ANAK-ANAK DENGAN FAHAMAN...

KONTROVERSI ANAK-ANAK TAHFIZ KE KONSERT ‘KEPCI’!!! JANGAN DIRACUNI PEMIKIRAN ANAK-ANAK DENGAN FAHAMAN LIBERAL KERANA MEREKALAH PELAPIS PARA ULAMA DAN ‘KUNCI’ KEJAYAAN ISLAM PADA MASA AKAN DATANG

337
0

Umum telah mengetahui bahawa Islam liberal adalah sebuah fahaman yang terlalu mengagungkan kemodenan sehingga Islam harus disesuaikan dengan kemodenan. Jika terdapat konflik antara kemodenan dan ajaran Islam, maka syariat perlu ditafsirkan semula, bukannya menolak kemodenan. Golongan Islam liberal juga mendakwa bahawa gerakan yang dilakukan oleh mereka merupakan satu-satunya alternatif untuk menyatukan antara agama dan akal fikiran.

Mereka menganggap majoriti umat Islam mengikut aliran tradisional-konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal fikiran untuk berperanan dalam kerangka yang lebih luas bagi memastikan kerelevanan agama dalam dunia hari ini. Fakta ini merupakan bukti jelas penyelewengan akidah yang cuba diserap ke dalam pemikiran anak-anak muda Islam sekarang. Lihat sahaja peristiwa anak-anak tahfiz yang dibawa ke ‘konsert kepci’ tempoh hari. Pasti ada pihak-pihak yang cuba meracuni secara halus pemikiran anak-anak muda yang berpegang teguh kepada syariat supaya menerima dan mengadaptasi perubahan dalam arus kemodenan atas alasan tidak terlalu jumud atau ketinggalan zaman.

Sedangkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu lalai bahawa dengan syariatlah seseorang itu terjamin kehidupan di dunia dan akhirat. Bukannya tidak boleh berhibur, namun ada batasnya. Janganlah kerana sedikit habuan sama ada untuk kepentingan diri atau organisasi, akidah digadaikan, pemikiran anak-anak diracuni. Seharusnya golongan anak-anak tahfiz ini dipelihara kerana merekalah pelapis-pelapis para ulama dan ‘kunci’ kepada kejayaan Islam pada masa akan datang. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- OGOS 2023, International Conference on Research in Islamic and Arabic Language Education (ICRIALE)