Menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada Islam yang sebenar. Penyelewengan Syiah boleh dikesan melalui akidah, syariat dan beberapa bentuk penyelewengan umum yang lain. Antara penyelewengan dari sudut akidah adalah:
- Semua imam adalah maksum (tiada dosa) setaraf dengan Nabi SAW;
- Berpura-pura (taqiyyah);
- Mempercayai Muhammad bin Jassan al-Askari, imam terakhir dari imam 12 adalah Imam Mahdi;
- Menyamakan Saidina Ali r.a dengan Allah SWT;
- Mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW;
- Menuduh Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy dan pengikut mereka dikatakan musuh Allah;
- Hanya Saidina Ali yang menghimpunkan al-Quran dengan sempurna;
- Menambah ucapan lafaz syahadah – menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammd SAW;
- Menolak hadis yang diriwayatkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
Antara penyelewengan dari sudut syariat adalah:
- Menolak penggunaan ijmak ulama, hanya pendapat imam Syiah yang maksum;
- Menolak penggunaan qias dalam penentuan hukum;
- Mengamalkan nikah mut’ah;
- Mengharuskan jamak solat dalam semua keadaan;
- Solat dhuha dianggap biadah;
- Islam bukanlah syarat wajibnya haji.
Antara penyelwengan umum adalah:
- Menziarahi kubur Saidina Hussain dianggap memperoleh syurga;
- Menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi mengingati kematian Hussain di Karbala;
- Menghina isteri-isteri Nabi Saw.
Justeru itu, umat Islam perlulah berhati-hati dalam mendepani cabaran akidah terutamanya daripada golongan Syiah yang selalu disalahtafsirkan sebagai sebahagian daripada Islam. Sedangkan secara asasnya iaitu melalui pegangan akidah dan syariat pun telah menyeleweng seperti mana yang telah dinyatakan sebahagiannya di atas. Janganlah mudah terpedaya, sebaliknya berusaha untuk memantapkan keimanan diri dan mengajak mereka ke jalan yang benar.
Sumber: Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa – Wilayah Persekutuan