Home Syiah WASPADA PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH!!! SYIAH BATINIYYAH MAHUPUN SYIAH IMAMIYYAH KEDUA-DUANYA ADALAH MENYALAHI...

WASPADA PENYEBARAN FAHAMAN SYIAH!!! SYIAH BATINIYYAH MAHUPUN SYIAH IMAMIYYAH KEDUA-DUANYA ADALAH MENYALAHI AKIDAH DAN SYARIAT AGAMA ISLAM

260
0

Unsur-unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan bermula sejak abad ke-12M menerusi dakwah Syeikh Abdullah Arif yang berasaskan kitabnya ‘Bahr al-Lahur’. Hal ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke Alam Melayu ialah fahaman Batiniyyah, bukannya aliran Imamiyah. Contohnya terdapat dua jenis Syiah yang dibawa oleh pendatang India iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan.

Syiah Dawood Bohra dikenali dengan golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200-400 orang. Manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik kedai Peebhai bergerak di sekitar Lembah Klang, namun jumlah pengikutnya lebih kecil dari kelompok Syiah Dawood Bohra. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis Syiah ini didapati tidak menjalankan dakyahnya kepada masyarakat Sunni, sebaliknya ia hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka. Dakyah Syiah sebagai sebuah mazhab hanya aktif dalam menyebarkan fahaman sesat mereka di Malaysia selepas kejayaan revolusi Iran pada tahun 1979. Ajaran Syiah yang dibawa oleh Iran ini adalah berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah (Imam 12).

Walau apa pun kaedah yang cuba Syiah tonjolkan sama ada Batiniyyah mahupun Imamiyyah, sama ada dari India atau Iran, tetaplah Syiah itu adalah aliran yang terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Fahamannya nampak seperti mirip ajaran Islam, namun jika diperhalusi ternyata akidahnya jelas berbeza dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Lafaz syahadah, laungan azan, mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW juga telah menggambarkan bahawa akidah dan syariat Islam tidak dihayati sebaliknya mentafsirkan sendiri sehingga jatuh ke lembah kesesatan. Berhati-hatilah wahai umat Islam dengan fahaman Syiah yang cuba mengelirukan dan memanipulasikan pemikiran.

Sumber: academia.edu – Pegangan Akidah Syiah Melayu di Malaysia