Home Kemanusiaan/Motivasi LAUNGAN ‘ALLAHUAKBAR’ DILARANG -PERHIMPUNAN AMAN “FREE FOR P4L3STIN3” TIDAK BERSIFAT MEMELIHARA...

LAUNGAN ‘ALLAHUAKBAR’ DILARANG -PERHIMPUNAN AMAN “FREE FOR P4L3STIN3” TIDAK BERSIFAT MEMELIHARA AKIDAH DAN KEMANUSIAAN -HATI SIAPA YANG INGIN DIJAGA?!

184
0

Perhimpunan aman “Free for P4l3stin3” anjuran sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijalankan pada Ahad lalu digambarkan oleh rakyat sebagai satu perhimpunan yang gagal. Mengapa? Rata – rata netizen di media sosial mengecam  keras tindakan penganjur perhimpunan ini yang dilihat tidak sensitif akan soal penderitaan yang ditanggung oleh rakyat P4l3st!n.

Lebih menyedihkan, laungan ‘Allahuakbar’ yang kebiasaannya dilaungkan dalam setiap perhimpunan aman juga tidak dibenarkan konon alasan menjaga sensitiviti peserta perhimpunan bukan Islam selain plakad dan sepanduk yang mengutuk Perdana Menteri Isr43l, Benjamin Netanyahu turut dirampas dan penganjur menggelarkan peserta perhimpunan sebagai zi0ni5. Persoalannya, apa motif perhimpunan aman ini diadakan jika bukan untuk menunjukkan solidariti kita? Hati siapa yang ingin dijaga?

Perhimpunan syok sendiri! Itu perkataan yang selayaknya digambarkan terhadap perhimpunan aman tersebut. Perhimpunan yang hanya bertopengkan “Free for P4l3stin3” tetapi sebaliknya tidak ubah seperti sebuah konsert dengan kehadiran sebuah kumpulan muzik menyanyikan lagu dan bunyi gendang – gendang hiburan.

P4l3st!n adalah negara Islam yang mana sedang dibunuh secara halus oleh zi0ni5 melalui dasar ‘aparteid’ dan ‘genosid’ selama berpuluh tahun.Laungan ‘Allahuakbar’ adalah sebagai peringatan dan amaran kepada umat manusia tentang kebesaran Allah SWT seperti mana yang difirmankanNya dalam surah al – Muddathir ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah KebenaranNya!.”

Ayuh umat Islam, jangan sesekali terpedaya dengan agenda halus zi0ni5 yang dengan sengaja ingin memecah belahkan ukhuwah kita melalui “ejen-ejen” mereka. Banyak lagi NGO yang benar – benar memperjuangkan saudara – saudara kita di bumi G4z4 untuk disokong, jangan hanya kerana sebuah NGO, kita berputus asa, teruskan solidariti kita!

Sumber: TikTok SAHRIZAL79 (https://vt.tiktok.com/ZSNrb2wtW/)