Home Kemanusiaan/Motivasi TREND ‘MUSIM BUKA TUDUNG’ ATAS ALASAN TIDAK MAHU BERPURA – PURA ...

TREND ‘MUSIM BUKA TUDUNG’ ATAS ALASAN TIDAK MAHU BERPURA – PURA NAFSU DILAYAN, AGAMA MELAYANG

397
0

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak trend buka tudung di kalangan selebriti wanita terpampang di setiap platform media sosial. Apabila ditanya sebab, alasan dangkal yang diberi “tak mahu fake, nak jadi diri sendiri”. Bukankah kewajipan menutup aurat terhadap Muslimah telah diperintahkan oleh Allah SWT? Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS al – Ahzab: 59).

Jadi, adakah mereka ingin mengatakan yang perintah Allah SWT itu “fake”? Alasan mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu “fake” itu adalah alasan orang yang bernafsu semata – mata. Sedangkan perintah menutup aurat di kalangan Muslimah sudah diberikan sejak zaman Rasulullah SAW.

Sebagai wanita yang beriman, kita wajib berpakaian sebagaimana yang telah disarankan oleh Al-Quran. Ketika keluar di khalayak, pakailah pakaian dengan sempurna dan menutup seluruh aurat kita iaitu meliputi ke seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi pakaian yang dipilih dan dipakai perlulah selari dengan tuntutan syariat Islam.

Muslimah yang sejati adalah mereka yang mencintai dan mengamalkan sunnah Nabi SAW serta mencontohi kehidupan isteri-isteri Baginda SAW. Jangan kerana melayani kehendak nafsu, maka agama sanggup dibuang.

Sumber: Portal e – Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan