Home Ektremisme/radikalisme ANCAMAN BOM PALSU TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL TERHADAP PELAKU DEMI KEHARMONIAN...

ANCAMAN BOM PALSU TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL TERHADAP PELAKU DEMI KEHARMONIAN NEGARA TERCINTA

144
0

Keselamatan negara merujuk kepada suatu situasi bebas daripada sebarang ancaman terhadap nilai-nilai teras negara, sama ada ia ancaman dari dalam atau luar. Landskap keselamatan kini semakin kompleks melibatkan ancaman-ancaman daripada pelaku negara (state actor) dan pelaku bukan negara (non-state actor) yang berpotensi memberikan impak besar ke atas keselamatan serta kedaulatan negara.

Kini kita dikejutkan dengan ancaman bom di sekolah-sekolah seluruh negara termasuklah di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Ancaman keselamatan yang dihantar melalui emel ‘takstorer’ yang bermaksud pengganggu ketenteraman dikesan turut pernah dihantar ke 70 buah sekolah di Jamaica pada 12 November lalu. Ianya dipercayai didalangi oleh seorang individu bermasalah yang mungkin pernah mengalami penderaan ketika zaman kanak-kanak serta kurang perhatian, namun mempunyai kepakaran dalam bidang perisian komputer untuk melindungi identitinya.

Lantaran itu, kerjasama rakyat amat diperlukan dalam memberikan sokongan, berganding bahu dan bekerjasama bagi menjamin kelangsungan atau survival Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, selamat dan berdaulat. Sejarah ketamadunan manusia jua telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi sumbangan besar kepada kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Keamanan bermaksud bebas daripada segala bentuk ancaman yang menggugat keharmonian hidup manusia.

Oleh itu, ancaman keselamatan merupakan permasalahan sejagat. Bersyukurlah, walaupun negara telah dan sedang berhadapan dengan beberapa isu yang mengancam keselamatan negara, namun kerajaan Malaysia masih mampu mengekalkan keamanan kepada rakyat jelata. Biarpun ancaman bom tersebut setelah diselidik adalah palsu, namun janganlah di ambil ringan dan tetaplah berwaspada dan sama-sama memelihara keharmonian negara.

Sumber: Berita Harian – 21 Nov 2023 dan Journal of Public and Safety – Kementerian Keselamatan Dalam Negeri