Home Liberalisme ISLAM LIBERAL ADAPTASI PEMIKIRAN KRISTIAN MENJADI ALASAN KUKUH UNTUK MENOLAK FAHAMAN SESAT...

ISLAM LIBERAL ADAPTASI PEMIKIRAN KRISTIAN MENJADI ALASAN KUKUH UNTUK MENOLAK FAHAMAN SESAT TERSEBUT

318
0

Pada awalnya umat Islam tidak memerlukan suatu manhaj akidah kerana semenjak zaman Rasulullah SAW dan Sahabat, umat Islam tidak menghadapi kelompok-kelompok pemikiran. Namun, dengan kemunculan kelompok-kelompok pemikiran seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah dan sebagainya, maka para ulama memikirkan keperluan untuk menyusun sebuah manhaj akidah yang bersumberkan daripada akidah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW , diikuti oleh para sahabat dan tabiin serta majoriti umat Islam. Manhaj akidah tersebut disepakati dengan nama manhaj akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pada masa kini, umat Islam menghadapi pula ancaman pemikiran seperti Islam liberal. Lebih parah mula mendominasi pemikiran umat Islam dalam setiap aspek termasuk dalam hukum-hakam sehingga mendatangkan kekeliruan serta memanipulasikan pensyariatan yang telah digariskan dalam agama Islam. Jika dilihat golongan Kristian Liberal, mereka melakukan rekonstruksi keimanan dan hukum menggunakan metod sosio-historis dalam agama (mengubah prinsip iman dan hukum agama sesuai dengan perkembangan masyarakat). Bukankah ini yang cuba diadaptasi oleh golongan Islam liberal dalam agama Islam sungguhpun secara jelas ianya bertentangan dengan akidah dan syarak?

Justeru itu, sebagaimana saranan para ulama salaf terdahulu, umat Islam perlulah mengenali musuh-musuh dalam Islam itu sendiri supaya tidak terkeliru dengan ideologi pemikiran sesat tersebut. Selain itu, umat Islam hendaklah menghidupkan kembali manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah serta menyebarluaskan pemahaman ini kepada umat Islam di samping memberikan penjelasan tentang kekeliruan pemahaman yang terdapat di dalam pemikiran Islam liberal.

Sumber: Buku Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal –Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan