Home Liberalisme KONTROVERSI ADEGAN DRAMA ‘SYURGA ITU BUKAN MUDAH’: MELAMBANGKAN MASIH RAMAI MASYARAKAT MELAYU-ISLAM...

KONTROVERSI ADEGAN DRAMA ‘SYURGA ITU BUKAN MUDAH’: MELAMBANGKAN MASIH RAMAI MASYARAKAT MELAYU-ISLAM YANG JAHIL DENGAN HUKUM DAN PERATURAN ALLAH AKIBAT PEMIKIRAN ‘DIJAJAH’ LIBERALISME

650
0

Sebelum ini sebuah drama Melayu terbitan syarikat swasta bertajuk ‘Surat Dari Tuhan’ menimbulkan kontroversi gara-gara ucapan dan perbuatan yang tidak kena dengan adab sebagai seorang muslim yang berada di Tanah Suci biarpun ianya hanya lakonan. Kini sebuah drama Melayu lagi, ‘Syurga itu Bukan Mudah’ terbitan syarikat yang sama mengundang kontroversi apabila memasukkan adegan yang tidak senonoh dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Melayu malah jauh terpesong dari landasan agama.

Persoalannya, apakah sutradara Melayu-Islam kini terdesak menarik penonton sehingga berani melanggar batas-batas budaya dan agama? Perkara ini memperlihatkan bahawa perbuatan zina cuba dinormalisasikan dalam masyarakat dan tanpa segan dipertontonkan di khalayak ramai sedangkan klasifikasi filem dalam kategori tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur (U). Bagaimana ia boleh lepas dipertontonkan dan mengapakah pihak bertanggungjawab tidak bertindak menapis sebelum ia ditayangkan? Amat kecewa tetapi inilah realiti masyarakat Islam kini.

Perkara ini sekiranya tidak ditangani dengan serius akan mewujudkan masyarakat yang kehidupannya bercelaru serta menyuburkan lagi masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Adalah amat dukacita kerana perkara ini membuktikan ramai masyarakat Melayu-Islam terutamanya golongan yang berpengaruh masih jahil dengan hukum serta peraturan Allah SWT akibat dari unsur liberal yang menguasai semuanya berpegang kepada prinsip kebebasan.

Seharusnya menggunakan platform dan pengaruh yang diberi untuk memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat, bukan sebaliknya. Adakah dengan memasukkan adegan sebegitu untuk menunjukkan kemajuan pemikiran sebagaimana filem-filem luar negara? Tidak. Sebenarnya pemikiran andalah yang telah dijajah secara halus oleh Barat. Sedangkan perbuatan itu hanyalah berpaksi kepada keseronokan tanpa batasan agama di mana natijahnya akan melahirkan masyarakat songsang serta mengundang bala Allah SWT. Sekiranya tidak dikekang atau diambil tindakan yang tegas, nescaya ia akan merosakkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan masa hadapan generasi akan datang. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –DIS 2023