Home MURTAD SEJARAH PROSES KRISTIANISASI DI NEGARA ASIA PERLU DIJADIKAN SEMPADAN SUPAYA TIDAK BERLAKU...

SEJARAH PROSES KRISTIANISASI DI NEGARA ASIA PERLU DIJADIKAN SEMPADAN SUPAYA TIDAK BERLAKU DI MALAYSIA

238
0

Di Tanah Melayu, kekuasaan orang Islam dilemahkan oleh penjajah British. Bukan sahaja British menguasai negeri-negeri Selat, malah membahagi dua negeri-negeri Melayu di utara, sebahagiannya diserahkan kepada Siam. Apabila Malaysia ditubuhkan dengan gabungan Malaysia Barat dan Malaysia Timur, masa depan negara ini tidak sepenuhnya menjadikan umat Islam dominan. Kekuasaan terpaksa dibahagi dengan penganut Kristian di Sarawak dan Sabah.

Kesultanan Sulu yang berpecah yang menyebabkan sebahagiannya berada di bawah Filipina dan separuhnya lagi di bawah Borneo Utara juga menjadi punca Sabah tidak lagi muncul sebagai negeri yang dominan Islam. Inilah sedikit sebanyak asas pada sejarah bermulanya proses Kristianisasi secara pesat di Malaysia. Negara-negara Asia yang lain seperti Indonesia, Kristianisasi dijalankan semasa penjajahan di Hindia Timur Belanda yang akhirnya apabila merdeka, Indonesia tidak boleh diisytiharkan sebagai negara Islam kerana di bahagian Timur didominasi oleh pihak Kristian walaupun pada asalnya Sumatera sebagai wilayah Indonesia yang awal menganut Islam.

Di Asia, British berjaya menghapuskan kerajaan Islam Moghul di India. Sementara di China, dinasti akhir negara itu berjaya ditumbangkan oleh gerakan nasionalis pimpinan Sun Yat Sen yang beragama Kristian. Kini, selain Filipina, negara Asia yang dianggap Kristian ialah Korea Selatan. Proses usaha pemurtadan terus berlaku dengan harapan mereka Asia akan menjadi benua Kristian.

Justeru itu, ambillah iktibar dari sejarah-sejarah yang berlaku di sekeliling supaya ianya tidak terjadi di Malaysia. Meskipun agama Islam adalah agama rasmi, namun ancaman-ancaman dari luar seperti Kristianisasi ini perlu diatasi sebaiknya supaya tidak mengundang perkara-perkara yang tidak diingini terhadap agama dan umat Islam.

Sumber: Majalah Dakwah YADIM