Home Ajaran Sesat KEPENTINGAN MEMELIHARA AGAMA HINDAR KESESATAN AKIDAH

KEPENTINGAN MEMELIHARA AGAMA HINDAR KESESATAN AKIDAH

185
0

Memelihara agama adalah tuntutan penting di dalam maqasid syariah lebih-lebih lagi ketika umat Islam mendepani penularan aliran fahaman yang menyeleweng melalui pelbagai medium baharu pada zaman kecanggihan teknologi. Namun, kerana sifat melampau yang disebabkan oleh kejahilan, kekeliruan dan keingkaran terhadap batasan agama telah menjadi punca kesesatan kebanyakan manusia.

Hal ini bermaksud penularan ajaran sesat khususnya di Malaysia jika diperhalusi bukan sahaja datang daripada musuh Islam yang nyata tetapi juga dari cubaan mengeliru dan menyelewengkan umat Islam dengan menggunakan nama Islam kononnya demi menjaga kesucian agama ini. Contohnya, mendakwa dirinya sebagai nabi, mereka-reka ayat untuk menyaingi al-Quran, mempertikaikan al-Quran dan hadis, wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam yang diamalkan serta diketahui umum, mengagung-agungkan pemimpin dan guru mereka melebihi kedudukan nabi

Justeru itu, umat Islam harus memelihara diri dengan berpegang kepada manhaj akidah yang sahih. Sesungguhnya pegangan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan jalan yang betul, selamat, jelas dan tiada kekeliruan bersandarkan sumber al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qias.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor