Home Kemanusiaan/Motivasi KONTROVERSI HABIB MAULA AMIN “SUSUR GALUR KETURUNAN” RASULULLAH SAW: JANGAN TERLALU TAKSUB...

KONTROVERSI HABIB MAULA AMIN “SUSUR GALUR KETURUNAN” RASULULLAH SAW: JANGAN TERLALU TAKSUB MELULU YANG MENGAKIBATKAN IMAN KITA BAKAL TERPESONG

417
0

Benar di dalam agama Islam kita diwajibkan untuk mengidolakan Rasulullah SAW dan mengenali salasilah keturunan Baginda. Namun, apabila datang seorang lelaki yang dikenali sebagai Habib Maula Muhammad Amin Al Idrisi Al Hasani yang mengaku bahawa beliau datang dari jalur keturunan ke – 38 Rasulullah SAW, kita harus berhati – hati dalam mempercayainya. Hal ini kerana pihak berkuasa Maghribi telah mengeluarkan amaran bahawa beliau ini dikehendaki di negaranya sendiri akibat beberapa kes yang melibatkan penipuan.

Artikel ini tidak sesekali ingin menimbulkan fitnah terhadap individu yang dimaksudkan, tetapi lebih memberi peringatan untuk umat Islam di negara ini agar tidak sesekali taksub dengan sosok individu seorang manusia biasa namun sebaliknya berhati – hatilah. Bahkan Allah SWT juga telah berfirman:

“Katakanlah (Muhammad), “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang salah dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah tersesat dahulu dan telah menyesatkan banyak (manusia), dan mereka sendiri tersesat dari jalan yang lurus.” (QS Al – Maidah: 77).

Dalam ayat di atas jelas menerangkan bahawa jangan sesekali kita berlebih – lebihan ataupun taksub dalam sesuatu perkara. Walaupun ayat yang ditujukan itu adalah kepada para ahli kitab, namun kita sebagai umat Islam juga harus mengambil iktibar daripada perintah tersebut. Kemunculan secara mengejut lelaki terbabit yang tidak jelas dan sahih sumbernya telah menimbulkan seribu satu persoalan. Tidak ada satu pun individu yang boleh mengesahkan status beliau sebagai jalur keturunan Rasulullah SAW. Bahkan ada bukti yang jelas mengatakan bahawa beliau ini bukanlah datang dari keturunan Rasulullah SAW (Rujuk: https://alhaqcentremalaysia.com/?p=3883) dan sama sekali tidak mempunyai rekod pengajian Islam yang formal.

Hanya disebabkan beliau mempunyai rupa paras menarik, bercahaya, memakai pakaian yang digambarkan seperti Rasulullah SAW, maka kita mengangkat darjatnya terlalu tinggi sehingga hampir disamakan dengan Imam Mahdi suatu ketika dahulu. Jangan kerana terlalu suka kepada seseorang, sehingga tidak nampak, antara hak dan batil. Kita ada akal yang Allah SWT kurniakan, nilaikan dengan mata hati. Taksub sehingga tidak dapat membezakan mana benar, mana salah, adalah sangat bahaya.

Ingatlah, jangan taksub kepada manusia atau individu tertentu, tetapi taksublah kepada kebenaran tidak kira siapa. Neraca kita adalah apa yang benar, apa yang salah, bukan siapa atau siapa yang benar, siapa yang salah.peliharalah iman kita agar tidak terpesong dari jalan Allah SWT.

Sumber: Laman web ustazustazah.com