Home Kemanusiaan/Motivasi TETAPLAH ISTIQAMAH DALAM MEMPERBAIKI DIRI WALAUPUN RAMADAN SUDAH BERLALU PERGI

TETAPLAH ISTIQAMAH DALAM MEMPERBAIKI DIRI WALAUPUN RAMADAN SUDAH BERLALU PERGI

97
0

Meskipun Ramadan telah berlalu pergi, namun ia bukanlah alasan buat umat Islam untuk berhenti memperbaiki diri. Cuma bulan Ramadan adalah sebagai “bonus” untuk kita fokus beribadah kepada Allah SWT dan ganjaran yang diterima berlipat ganda seperti mana yang dijanjikan oleh Allah SWT. Seorang Muslim yang sentiasa mahu menjadi baik akan selalu memperbaiki dirinya dan menambah pengetahuan dengan ilmu agama untuk meningkatkan identiti supaya lebih menyerlah imej sebagai Muslim yang bermanfaat dunia serta akhirat.

Allah SWT berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Al – Hasyr: 18).

Jadi, apa yang harus kita lakukan? Sentiasa bermuhasabah diri, menginsafi diri dengan segala dosa – dosa yang pernah dilakukan. Dengan melakukan muhasabah diri, manusia akan membuka hati dan menyedari segala dosanya. Selain itu, muhasabah juga akan memberi perspektif baharu dalam melihat setiap perkara yang berlaku dalam hidup.

Oleh itu, tetaplah istiqamah dalam memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik, taat pada suruhan agama dan Tuhannya. Mudah-mudahan dalam kita beristiqamah akan dapat membentuk diri kita menjadi orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Ingatlah, dengan berlalunya bulan Ramadan bukan bererti apa yang kita lakukan di bulan tersebut turut berakhir dan terhenti. Semoga segala ibadah dan amal kebajikan yang kita lakukan mendapat berkat, rahmat dan inayah serta diterima oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Dan bersegeralah kamu (mengerjakan amal kebajikan untuk membawa kamu) kepada keampunan daripada Tuhan kamu, dan ke syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS Ali ‘Imran: 133)

Sumber: Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam (KHEUB)