Home Ateis KEPERCAYAAN MITOS GOLONGAN ATEIS MENYANGKAL KEWUJUDAN TUHAN

KEPERCAYAAN MITOS GOLONGAN ATEIS MENYANGKAL KEWUJUDAN TUHAN

218
0

Salah satu mitos yang dipercayai golongan ateis hari ini adalah zaman yang dipanggil zaman pencerahan (enlightment), kononnya telah mendatangkan era pemikiran saintifik dan kebebasan politik sebagai tindak balas cengkaman agama yang menindas. Namun, apa yang mereka tidak sedari adalah kebanyakan pemikir zaman pencerahan tersebut adalah mereka yang beragama.

Walaupun terdapat banyak pemikir yang mencuba memisahkan agama dengan politik, mereka masih melihat ‘ateisme’ sebagai penyimpangan dari prinsip-prinsip yang mereka imani. Mereka juga menentang idea bahawa ateis boleh menjadi sebahagian daripada masyarakat sekular. Malah golongan ateis tidak boleh ditoleransikan kerana mereka menidakkan kewujudan Tuhan.

Menurut John locke, bapa teori politik Amerika:
“Perjanjian, ikrar taat setia, yang menjalinkan masyarakat manusia, tiada sebarang sandaran pada seorang ateis. Penolakan Tuhan, walau hanya pada pemikiran, mencairkan segalanya”. Maka amatlah hairan apabila ateis sentiasa merujuk kepada zaman pencerahan sebagai era di mana pemikiran anti agama bermula dan menjadi punca kemajuan tamadun, sungguhpun tidak disokong oleh ideal kebanyakan intelektual elit zaman tersebut. Adakah ateis relevan? Renung-renungkan.

Sumber: Fakil Ilmu