Home Ajaran Sesat AKIDAH DAN SYARIAH SYIAH BERTENTANGAN DENGAN AJARAN RASULULLAH SAW BUKTI KUKUH DIFATWAKAN...

AKIDAH DAN SYARIAH SYIAH BERTENTANGAN DENGAN AJARAN RASULULLAH SAW BUKTI KUKUH DIFATWAKAN SEBAGAI AJARAN SESAT

116
0

Umat Islam merupakan antara agama yang paling ramai dianuti oleh manusia di seluruh dunia. Akan tetapi ramainya umat Islam bukan bermaksud tetap bersatu dan sepakat, bahkan ramainya umat Islam juga menjadi sebab perpecahan, perbezaan pendapat, pergaduhan dan sebagainya. Atas sebab kehendak dan kemahuan berbeza-bezalah perpecahan umat Islam berlaku yang akhirnya munculnya golongan Syiah.

Syiah yang bermaksud kelompok atau pembela seseorang pada asalnya hanyalah sebuah kelompok pengikut Ali bin Abi Talib. Namun, kini telah menyeleweng dan tersasar dari landasan syariat Islam, bahkan telah menjadi satu ajaran agama yang diubah-ubah oleh sesetengah pihak mengikut kehendak peribadi atau kumpulan tertentu.

Oleh sebab itu, para ulama bersepakat mengatakan bahawa Syiah ini sudah terkeluar daripada Islam kerana banyak ajaran akidah, syariah dan amalan mereka telah terpesong dari ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Alasan menyembah Allah SWT sahaja tidak mencukupi untuk melayakkan mereka digelar Islam, namun disebabkan ideologi yang dipegang golongan Syiah bertentangan akidahnya dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka Syiah telah difatwakan sebagai ajaran sesat dan barangsiapa yang mengikutinya dianggap sebagai telah terkeluar daripada Islam.

Sumber: Philosophy Aqeedah – Islamic Creed