Home Ektremisme/radikalisme SOROTAN RINGKAS MILITAN PENGGANAS JEMAAH ISLAMIAH

SOROTAN RINGKAS MILITAN PENGGANAS JEMAAH ISLAMIAH

110
0

Jemaah Islamiah (JI) berasal daripada sebuah pergerakan Islam Indonesia iaitu Darul Islam (DI) yang ditubuhkan oleh Sekarmadji Meridjan Kartosuwirjo pada 1948 untuk menentang penjajah Belanda dan menubuhkan Negara Islam Indonesia.

Tahun 1960an, ramai pemimpin dan anggotanya ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia sehingga menyebabkan DI berpecah kepada kumpulan kecil. Antara pemimpin kumpulan pecahan DI tersebut termasuklah Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir yang menubuhkan Pondok Pasentren Al-Mukmin, Ngruki, di Solo tahun 1973 dan menjadikan pondok tersebut sebagai markas utama pergerakannya.

Pada 1985, Abdullah Sungkar, Abu Bakar Basyir dan pengikutnya melarikan diri ke Malaysia iaitu di Perkampungan Kumpulan Sunnah (Ittibar Assunnah), Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semasa di Kuala Pilah, mereka mula menanamkan fahaman jihad melalui kelas pengajian agama yang diadakan di sekitar Kuala Pilah. Ramai pengikut kumpulan Sunnah yang terpengaruh termasuklah dari Johor Bharu, Batu Pahat dan beberapa kawasan lain lagi. Kumpulan pertama yang terpengaruh dengan JI inilah yang membawa kepada perkembangan JI di Johor, Singapura, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan lain lagi.

Mereka mula merekrut anggota baru serta merekrut anggota untuk dihantar menjalani latihan ketenteraan dan berjihad di Afghanistan. Malaysia dijadikan transit sebelum penghantaran ke Afghanistan. Semasa di Afghanistan, anggota JI mula terpengaruh dengan tarbiyah jihadiyah Sheikh Abdullah Azzam untuk memperjuangkan jihad secara global sehingga menimbulkan perbezaan pemikiran strategi jihad dengan DI di Indonesia.

Pada 1993, Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir telah mengisytiharkan untuk berpecah daripada DI dan menubuhkan jemaahnya sendiri yang dikenali sebagai Jemaah Islamiah (JI).


Sumber: Journal of Public Security and Safety dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –MEI 2024