Home Liberalisme GOLONGAN ISLAM LIBERAL TANPA SEDAR TELAH MENJADI ‘PUPPET’ BARAT UNTUK MEMUSNAHKAN AKIDAH...

GOLONGAN ISLAM LIBERAL TANPA SEDAR TELAH MENJADI ‘PUPPET’ BARAT UNTUK MEMUSNAHKAN AKIDAH UMAT ISLAM

128
0

Barat menyerang Islam dan penganutnya dalam pelbagai segi. Antara usaha untuk menghancurkan Islam ialah dengan mengasak pemikiran liberal kepada seluruh umat Islam di dunia ini sehingga mempengaruhi umat Islam supaya berfikir secara liberal. Hasilnya lahirlah tokoh-tokoh Islam yang berfikir liberal sebagaimana yang dianuti oleh beberapa tokoh professional di negara ini. Mereka inilah yang beriya-iya memperjuangkan ideologi liberal Barat atas dasar hak kebebasan dan hak asasi inividu.

Pemikiran logikal dan kritikal menjadi asas pemikiran mereka. Golongan terbabit menafsir agama mengikut kehendak atau kesesuaian agenda mereka dalam acuan yang menyeleweng, samada dari segi akidah atau hukum syarak.

Kelompok ini begitu lantang dan cuba bertindak berani walaupun pada zahirnya mereka bukan menolak agama, akan tetapi berselindung di sebalik gagasan untuk mengkaji semula agama. Tanpa sedar mereka golongan Islam liberal ini sebenarnya telah menjadi ‘puppet’ dan tali barut Barat dalam menyebarkan dakyah orientalis Barat, menolak agama Islam, memanipulasi pemikiran generasi anak-anak muda Islam.

Penyebaran secara terang-terangan ini jika tidak disekat sepenuhnya akan mengakibatkan ‘kemusnahan’ besar-besaran terhadap akidah umat Islam terutama sekali bagi mereka yang tiada asas agama yang kukuh. Tidak perlu pandang jauh, buka sahaja medium tiktok, ramai anak muda malah orang tua bertudung litup membalut aurat mempamerkan tarian yang tidak sepatutnya dianggap ‘challenge’ untuk dipamerkan pada khalayak ramai.

Mungkin perbuatan tersebut dianggap biasa kerana telah menjadi normalisasi masyarakat setempat dan global hari ini, sedangkan ianya jelas haram disisi Islam dan telah mencalarkan maruah agama Islam itu sendiri. Sedarlah wahai semua umat Islam bahawa dakyah orientalis Barat ini yang disebarkan melalui ‘puppet’ mereka sebenarnya adalah ancaman ideologi yang sangat bahaya kepada rakyat dan pemerintah negara Islam. Sama-samalah kita membanterasnya.

Sumber: Berita Harian