Home Kemanusiaan/Motivasi UTAMAKAN KESIHATAN MENTAL JANGAN TERBAWA EMOSI DENGAN APA YANG DIWAR – WARKAN...

UTAMAKAN KESIHATAN MENTAL JANGAN TERBAWA EMOSI DENGAN APA YANG DIWAR – WARKAN DI MEDIA SOSIAL

230
0

Semenjak dua ini, begitu banyak “content” yang mempengaruhi minda warga netizen hinggakan ada di antara mereka yang tidak sengaja berhadapan dengan anxiety akibat kandungan “content” yang dimuatnaik di platform media sosial. Hal ini sekaligus membahayakan kesihatan bukan sahaja dari segi mental tetapi juga kepada mental.

Apa yang boleh dikatakan di sini, sebagai warga maya kita seharusnya tidak terpengaruh dengan “content” yang berkemungkinan besar adalah palsu dan berunsurkan fitnah. Pentingnya untuk kita menjaga mental dan emosi kita daripada terpengaruh dengan perkara – perkara yang tidak pasti dan tidak diketahui sumber kesahihannya. Bukankah Allah SWT memerintahkan kita untuk mencari sumber kesahihan penyampaian sesuatu berita? Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (QS Al – Hujurat: 6).

Ayat “supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan” sudah cukup menggambarkan bahawa kita perlu menjaga setiap sudut diri kita dan juga orang lain kerana apa yang dimuatnaik ke dalam media sosial berkemungkinan besar boleh menyebabkan malapetaka kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya daripada segi kesihatan mental.

Islam menitikberatkan kesihatan rohani sebagai peneraju utama dalam kesihatan mental. Jalan untuk mendapatkan rohani yang sihat adalah dengan menjauhi perkara yang haram atau ditegah dan melakukan perkara yang disuruh dalam agama. Jangan sesekali mempercayai sebulat – bulatnya apa yang disampaikan di media sosial kerana sebahagian besarnya merupakan penipuan dan auta semata untuk mendapatkan rating, like dan views yang tertinggi.

Ingatlah, jangan terbawa emosi dengan apa yang diwar – warkan di media sosial.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)