Home MURTAD MASYARAKAT MENGAMBIL KESEMPATAN KELOMPONGAN UNDANG-UNDANG ISLAM SELEWENG AKIDAH UNTUK MURTAD

MASYARAKAT MENGAMBIL KESEMPATAN KELOMPONGAN UNDANG-UNDANG ISLAM SELEWENG AKIDAH UNTUK MURTAD

83
0

Gejala selewengan akidah dalam kalangan umat Islam negara ini kini didapati semakin menular dan serius seiring dengan berkembangnya teknologi perhubungan dan komunikasi. Dilaporkan setiap hari kes permohonan berkaitan jenayah keluar Islam semakin meningkat sehingga mencecah 171 kes dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Sebagai contoh dalam sebuah kes, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan Perayu, Rosliza Ibrahim menukar agamanya kepada agama Buddha atas justifikasi Perayu yang merupakan anak tak sah taraf. Disebabkan itu, Perayu tidak boleh dinasabkan kepada bapanya iaitu Ibrahim. Rayuan yang dibenarkan membuktikan bahawa bidangkuasa mahkamah syariah telah terbatas dalam perkara melibatkan bidangkuasa jenayahnya sendiri iaitu jenayah keluar Islam atau murtad. Disebabkan kelompongan perundangan Islam inilah masyarakat merasakan keluar daripada Islam adalah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan di mana-mana perundangan syariah.

Kesimpulannya, jenayah keluar Islam atau murtad ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu yang pertama ialah lakuna atau kelompongan dalam perundangan dan juga kesempatan yang diambil oleh segelintir masyarakat itu sendiri sehingga menjadikan alasan hak kebebasan asasi sebagai alasan bagi setiap permohonan yang dilakukan. Justeru itu, apakah tindakan pihak-pihak berwajib untuk menyelesaikan persoalan di atas dan apakah tindakan individu dalam memastikan akidah terus dipertahankan walau apa jua cabaran mendatang? Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Bil. 16(2) –Universiti Malaya