Jumaat lalu merupakan detik yang amat bermakna buat Malaysia apabila berjaya melakukan misi kemanusiaan membawa para pesakit dari P4l3st!n yang menjadi mangsa genosid z!0n!$ untuk mendapatkan rawatan di negara ini. Seramai 41 orang pesakit dan 86 waris mereka diterbangkan dari Mesir ke Pengkalan Udara Subang oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) untuk menerima rawatan.
Walau bagaimanapun, detik manis ini dicemari dengan kritikan – kritikan dangkal para warga maya di media sosial. Ada sebahagian mereka menyatakan pihak Malaysia sengaja ingin tunjuk “hero” sedangkan rakyat sendiri tidak dibantu. Ada pula yang mempersoalkan tentang penggunaan cukai dalam membantu mereka. Apa yang lebih menyedihkan, pemerintah Malaysia dituduh cuba menyeludup warga P4l3st!n untuk dijadikan warganegara.
Nampak bukan? Tidak semua orang di negara ini mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Bila terjadinya hal seperti ini, maka terserlah “warna” sebenar mereka yang masih mencintai dunia dan melupakan urusan akhirat, lebih – lebih lagi umat Islam yang berpandangan sedemikian. Di mana hilangnya sifat empati kita sebagai umat Islam yang mempunyai agama yang sama, tauhid yang sama, kiblat yang sama kepada saudara seagama kita?! Allah SWT berfirman:
“Sekali – kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usaha itu menutupi hati mereka.” (QS Al – Muthaffifin: 14).
Ketahuilah, ini hanyalah misi kemanusiaan sebagai tanda solidariti kepada saudara seagama kita. Tidak salah untuk menurunkan sedikit ego demi rasa empati kepada kemanusiaan sejagat. Hidup ini bukanlah untuk tujuan diri sendiri sahaja tetapi ia juga sebagai jambatan silaturahim kepada semua insan dan keamanan mereka. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“..dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.” (QS Al – Maidah: 32).
Sejujurnya, 127 orang yang datang itu bukanlah satu jumlah yang besar. Artikel ingin bertanya kepada rakyat Malaysia khususnya buat umat Islam yang berkomentar dangkal, kita dan rakyat P4l3st!n itu satu ikatan, satu syahadah. Sejak bila syahadah ini ditentukan dengan geografi?
Kepada yang menyokong misi kemanusiaan ini, terima kasih serta syabas dan tahniah diucapkan kerana masih mempunyai hati dan nurani sebagai manusia yang mementingkan keamanan sejagat. Ini bukan soal politik, tetapi kemanusiaan global yang diperjuangkan oleh Malaysia.
Sumber: TikTok Ahmad Faezal (https://vt.tiktok.com/ZS2FXFUuH/)