Home Liberalisme PENGARUH LIBERALISME SEMAKIN MERANCAKKAN KESESATAN UMAT ISLAM

PENGARUH LIBERALISME SEMAKIN MERANCAKKAN KESESATAN UMAT ISLAM

60
0

Dunia pada hari ini memperlihatkan semakin memudahkan syariat sehingga melebihi batas yang dihadkan. Sememangnya Islam itu mudah dan boleh dimudahkan mengikut keadaan, namun golongan liberal khususnya cuba mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang diberikan Islam sehingga boleh menjejaskan akidah.

Sebagai contoh Islam membenarkan banyak haiwan untuk dipelihara oleh umatnya, namun apabila fahaman liberalisme telah didoktrinkan, ada sahaja yang cuba membela anjing sebagai binatang peliharaan sedangkan hukum keharamannya jelas.

Perkara ini membuktikan bahawa golongan liberal cuba membuat tafsiran baru terhadap ayat-ayat al-Quran kononnya al-Quran telah ‘lapuk dek hujan’ kerana tidak mengikut arus kemodenan seperti mana Barat. Sedangkan pengharaman sesuatu oleh Allah SWT sudah pasti ada hikmahnya seperti virus yang dibawa oleh anjing mahupun babi serta pengharaman arak yang memberi kemudaratan besar bukan sahaja pada individu, malah boleh memberi kesan pada orang sekeliling.

Kesimpulannya, tanpa disedari fahaman liberalisme telah mengeksploitasi pemikiran umat Islam sedikit demi sedikit sehingga membuat hukum sendiri, menghalalkan yang haram, membolehkan sesuatu demi kepentingan sendiri dan sebagainya yang akhirnya menggugat akidah umat Islam serta menuju kesesatan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia_Sep 2024 dan Jurnal Usuluddin, Vol. 40 – 2014, UPM