Home Kemanusiaan/Motivasi MEMBINA MASYARAKAT YANG HARMONI TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA SANGAT DITUNTUT DALAM...

MEMBINA MASYARAKAT YANG HARMONI TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA SANGAT DITUNTUT DALAM ISLAM

1076
0

Hidup di dalam negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama merupakan satu rahmat buat umat Islam di Malaysia. Hal ini kerana dengan kepelbagaian itulah kita saling memahami tentang kepercayaan masing2. Namun, akibat tindakan sesetengah puak provokator, pelampau agama dan ekstremis membuatkan runtuhnya sebuah perpaduan dan agama menjadi mangsa sasaran.

Di dalam ajaran Islam, ia merupakan satu sistem hidup yang bersifat Rabbani dan menganjurkan kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan yg diambil. Islam juga memberikan penekanan kepada kedamaian hidup, menggalakkan keharmonian masyarakat dan keamanan bersama agar semua manusia dapat menjalani kehidupan di dunia dengan aman dan damai.

Firman Allah SWT:

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” (QS al-Israa’: 70)

Dalam ayat di atas, Allah memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan agama serta golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk lain. Dalam konteks ini, boleh dikatakan setiap orang mendapatkan hak yang sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, mendapat rezeki yang sama, pendidikan yang sama kedudukan yang sama di sisi undang-undang dan peluang yang sama.

Oleh itu, konsep persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan adalah satu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan. Malah, dengan kepelbagaian itu melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup begitu indah untuk dikongsi bersama. Itulah merupakan ajaran yang dituntut dalam Islam dalam membina masyarakat yang harmoni.

Sumber: Berita Harian “Hubungan kaum harmoni ikut perspektif Islam” (20 Disember 2018)