Home Hizbut Tahrir LANGKAH UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN HIZBUT TAHRIR KEPADA PIHAK-PIHAK BERKUASA SEBAGAI STRATEGI UNTUK...

LANGKAH UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN HIZBUT TAHRIR KEPADA PIHAK-PIHAK BERKUASA SEBAGAI STRATEGI UNTUK MERAMPAS KUASA DI NEGARA INI PERLU DIPANDANG SERIUS DAN DISEKAT SEGERA

753
0

Bagi sebahagian umat Islam, ideologi Hizbut Tahrir tentang mengembalikan kejayaan melalui sistem kepimpinan khilafah mungkin dilihat menarik. Namun, matlamat tidak menghalalkan cara sekiranya ideologi yang dibawa dan pelaksanaan yang dibuat tidak mengikut ajaran yang ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis.

Bagi tujuan mengambil alih pemerintahan negara mereka akan menggunakan pihak-pihak yang berkuasa dalam negera seperti Angkatan Tentera Malaysia untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan menyerahkan kuasa kepada pemerintahan Hizbut Tahrir.

Mereka menamakan pendekatan ini dengan istilah ‘tolabun nusroh’ yang bermaksud memohon kemenangan. Pada waktu itu merekea akan membentuk kerajaan berkhalifah yang dipimpin oleh seorang khalifah Islam.

Bagi mencapai misi tersebut, mereka mula mendekati, menawan hati dan mendakwah pemimpin-pemimpin ATM dan anggotanya untuk menerima pertubuhan mereka sehingga berpihak kepada Hizbut Tahrir.

Strategi secara halus yang memfokuskan dakwah kepada pihak-pihak berkuasa seperti ini menunjukkan Hizbut Tahrir sangat bijak dalam melebarkan dan akhirnya merampas kuasa pentadbiran.

Justeru itu, Hizbut Tahrir ini wajib disekat dari merebak di negara ini khususnya dalam organisasi-organisasi yang melibatkan pertahanan awam berasaskan kaedah fiqh sad az-zara’ei (menyekat jalan-jalan kerosakan) dan ‘darul al-mafasid muqoddam ‘ala jalbi al-masolih’ (menghalang keburukan lebih utama daripada membawa kebaikan) kerana pemikiran ekstrim dipegang oleh Hizbut Tahrir tentang konsep khilafah boleh membawa implikasi buruk kepada keharmonian akidah dan keselamatan negara.

Sumber: Berita Tentera Darat, ATM – Mac 2016.