Home Kemanusiaan/Motivasi PERTAHANKAN PERPADUAN DEMI KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA

PERTAHANKAN PERPADUAN DEMI KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA

2473
0

Malaysia, sebuah negara yang harmoni penuh dengan keunikan dan diversitinya yang tersendiri. Maka tidak hairan lah ia menjadi sasaran iri hati masyarakat dunia. Apatah lagi kita hidup dalam kepelbagaian agama, bangsa dan kepercayaan yang membuatkan negara ini dipernuhi dengan warna-warni kehidupan yang tidak membosankan. Namun begitu, dalam meraikan kepelbagaian kita harus berwaspada dengan ancaman-ancaman yang cuba memecahbelahkan keharmonian dan keamanan rakyat negara ini.

Firman Allah SWT:

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu.” (QS Ali Imran: 103)

Jadi, apa yang perlu kita lakukan dalam mempertahankan perpaduan adalah dengan:

  • Menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum.
  • Meraikan kepelbagaian perayaan secara harmoni dan muhibbah.
  • Kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
  • Menghormati antara satu sama lain.
  • Mengeratkan silaturahim antara kaum.
  • Peranan media massa dalam menyebarkan mesej positif tentang kepentingan perpaduan.

Aspek perpaduan adalah faktor utama kepada keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara. Keharmonian adalah salah satu manifestasi dalam membentuk perpaduan yang membawa maksud aman, tenteram, bahagia dan tenang. Islam sebagai agama yang mensejahterakan atau agama keamanan sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia meskipun anutan agama mereka berbeza daripada Islam. Idea untuk mengukuhkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum amatlah digalakkan dan perlu dipertingkatkan serta dimantapkan.

Oleh itu, rakyat diingatkan agar membudayakan perpaduan dalam kehidupan seharian bagi memastikan mereka memahami dan menghayati dengan jelas asas sesebuah perpaduan. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.” [HR Tirmidzi: 2409]

Sumber: Sinar Harian “Perpaduan untuk kesejahteraan negara” (7 Mac 2020) dan Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia