Home Kemanusiaan/Motivasi BERUSAHALAH MENJADI INSAN YANG SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN KERANA BERBUAT BAIK AKAN DISUKAI...

BERUSAHALAH MENJADI INSAN YANG SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN KERANA BERBUAT BAIK AKAN DISUKAI DAN DIKASIHI ALLAH

786
0

Kehidupan manusia tidak sama dari sudut kedudukan dalam masyarakat. Itulah lumrah kehidupan dunia yang mewujudkan perbezaan antara seorang insan dengan insan lain. Harta, pangkat, jawatan, keturunan antara perkara yang dijadikan asas dalam membezakan kedudukan manusia. Hakikatnya, manusia yang istimewa di sisi Allah SWT adalah mereka yang memiliki takwa.

Oleh itu, Islam memerintahkan umatnya supaya sentiasa berbuat kebaikan. Berbuat baik tidak dibataskan hanya untuk umat Islam sahaja, malah ianya termasuk semua tanpa mengira kaum, budaya dan agama termasuk makhluk seisi alam ini. Orang yang berbuat baik akan disukai dan dikasihi Allah SWT, malah akan diberi ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak.

Firman Allah SWT:

“….(dan ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (QS Ali-Imran: 134).

Di antara nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah SWT adalah usia, waktu dan kesempatan hidup. Islam mengajarkan waktu itu adalah kehidupan dan barangsiapa yang menyia-nyiakan waktu sama juga dianggap seperti menyia-nyiakan kehidupan. Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya oleh seorang sahabat dalam hadis riwayat at –Tirmidzi:

”Siapa manusia terbaik?” Baginda menjawab, ”Orang yang panjang usianya dan baik amalannya.” Baginda ditanya kembali, ”Lalu siapa manusia terburuk?” Jawab Rasulullah SAW, ”Orang yang panjang usianya tetapi jelek amalnya.”

Justeru, nilai kembali diri kita, di mana kedudukan kita yang sebenarnya. Jangan sampai menjadi tujuh golongan manusia yang terburuk menurut al-Quran dan hadis. Antara tujuh golongan tersebut adalah:

  • Orang yang munafik.
  • Orang yang ditakuti kerana kejahatannya.
  • Orang yang tidak boleh disedarkan dengan kesucian ayat-ayat al-Quran.
  • Orang yang mendapati hari Kiamat dan menjadikan kuburan seperti masjid.
  • Orang yang mengambil hak milik orang lain demi kepentingan diri.
  • Orang yang panjang umurnya, tapi jelek amalannya.
  • Orang yang tidak boleh diharapkan kebaikannya dan tidak merasa aman dengan kejahatannya.

Oleh itu, jadilah kita manusia yang mempunyai akhlak yang baik kerana sifat itu sangat disayangi oleh Allah SWT. Manfaatkan setiap masa yang ada dengan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, berzikir dan melakukan amal kebaikan agar kita boleh mendapat nikmat ganjaran syurga daripada Allah di hari akirat kelak.

Sumber: Laman Web Republika.co.id