Home KRISTIANISASI KEJAHATAN GERAKAN KRISTIANISASI YANG MERANCANG UNTUK MENGKRISTIANKAN MASYARAKAT DUNIA. BERWASPADALAH WAHAI...

KEJAHATAN GERAKAN KRISTIANISASI YANG MERANCANG UNTUK MENGKRISTIANKAN MASYARAKAT DUNIA. BERWASPADALAH WAHAI UMAT ISLAM!!!

1027
0

Kajian mendapati bahawa dari tahun 1500M sehingga kini jelas wujud gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Islam. Ini berdasarkan kepada kenyataan sejarah dan kesan-kesan yang berlaku setelah terlaksana suatu metode serta wujudnya beberapa kes yang dikaitkan dengan penyebaran agama Kristian yang secara tidak langsung cuba untuk mempengaruhi masyarakat Islam.

Gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Islam berpunca dari rasa dendam pemimpin-pemimpin Kristian kerana kekalahan mereka dalam beberapa siri peperangan. Sebagai contoh pertembungan agama Islam-Kristian pada abad ke VII dan berlakunya peperangan antara kedua agama tersebut serta kemaraan tentera Islam menembusi benteng-benteng negara Eropah Kristian menyebabkan timbulnya gerakan Kristianisasi dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Gerakan ini tidak akan berakhir selagimana umat Islam masih berpegang teguh kepada akidah Islam. Hal ini ditegaskan oleh Allah melalui firmanNya dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Banyak diantara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)”

Selain itu, dalam satu konferens di London pada 5-8 Januari 1989 yang dihadiri oleh 300 peserta dari 50 buah negara telah mencanangkan bahawa tahun 2000M sebagai tahun pewartaan Bible ke seluruh dunia atau Kristianisasi di seluruh pelusuk dunia. Sasaran gerakan tersebut adalah separuh daripada penduduk dunia seboleh-bolehnya menjadi pengikut Christ. Pihak gereja Kristian Vatican yang berpusat di Itali juga turut merancang untuk mengkristiankan seluruh Indonesia, Mesir dan Benua Afrika pada tahun 2000M.

Usah kita melihat jauh, di Malaysia terbukti purata orang Islam yang murtad terutamanya Melayu Islam semakin meningkat dari hari ke hari membuktikan sekaligus kewujudan gerakan Kristianisasi yang dicanang sewaktu masa dahulu telah mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia dan kian mencapai matlamatnya.

Oleh itu, diharapkan dengan pendedahan ini masyarakat Islam perlu mengambil inisiatif untuk lebih memahami dan mengenali bentuk-bentuk gerakan Kristianisasi disamping memantapkan akidah supaya tidak terpengaruh dan mempersiapkan diri untuk menghadapi ancaman gerakan tersebut.

Sumber: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya