Home Liberalisme KEBEBASAN LIBERALISME YANG MENGABAIKAN PENSYARIATAN TUHAN ADALAH SALAH DISISI ISLAM

KEBEBASAN LIBERALISME YANG MENGABAIKAN PENSYARIATAN TUHAN ADALAH SALAH DISISI ISLAM

161
0

Liberalisme merupakan suatu kepercayaan, falsafah hidup dan gerakan yang meletakkan idea kebebasan sebagai prinsip tertinggi dan dominan dalam usaha untuk membebaskan manusia daripada sebarang kawalan moral dan menggantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu dan masyarakat. Fahaman ini memiliki asas, prinsip-prinsip dan hala tuju tersendiri dalam mengatur masyarakat Barat khususnya lebih jauh dari agama.

Namun, Islam menggariskan bahawa manusia adalah hamba kepada Tuhan. Hakikat ini tidak mungkin dapat dihapuskan, iaitu manusia tidak mungkin bebas daripada Tuhan kerana manusia selamanya berhutang akan kewujudannya kepada Tuhan. Oleh sebab itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas, mengatakan ‘din’ iaitu agama adalah keberhutangan. Maka, penerimaan Muslim terhadap konsep liberalisme hanya terbatas dan tidak boleh diterima kerana pengabdian terhadap Tuhan dan pengamalan agama dalam kehidupan adalah asas dalam beragama Islam.

Persoalannya, mengapakah kewujudan Islam liberal boleh berlaku sedangkan prinsip-prinsipnya sahaja yang diadaptasi daripada Barat sememangnya tidak mengikut syariat dan bertentangan dengan akidah Islam? Mengapakah perkembangannya semakin pesat dan diterima oleh sebahagian besar umat Islam pada masa kini malah sanggup membelakangkan dan mentafsirkan semula syariat demi kepentingan diri?

Sumber: Jurnal Afkar, Vol. 20