Home Ateis KESESATAN DAN KEBIADAPAN ATEIS!!! MENOLAK DAN MEMBENCI AGAMA SERTA MENGANGGAP GOLONGAN...

KESESATAN DAN KEBIADAPAN ATEIS!!! MENOLAK DAN MEMBENCI AGAMA SERTA MENGANGGAP GOLONGAN YANG BERAGAMA ADALAH BODOH

1682
0

Zaman 4IR atau zaman ke arah pendigitalan dan teknologi yang lebih maju kini memudahkan penyebaran ideologi yang dilihat berjaya mempengaruhi cara berfikir umat Islam masa kini. Lebih membimbangkan terdapat kalangan umat Islam yang bukan sahaja terpengaruh dengan pemikiran songsang tersebut, bahkan mereka bersungguh-sungguh mempertahankan dan menyebarkan kepada orang lain. Antara yang membimbangkan semenjak mutakhir ini ialah penglibatan golongan belia beragama Islam dalam kumpulan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan atau disebut sebagai Ateis.

Ateisme bermakna fahaman atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Ateisme terbina atas asas kebencian dan kebebasan sepenuhnya daripada agama. Ini bermaksud ada yang menolak kewujudan Tuhan, ada yang menolak agama dan ada yang menolak pengetahuan tentang Tuhan dan kewujudanNya.

Sepertimana yang terdapat dalam satu posting laman Facebook ‘Warung Atheis’ yang didapati bukan sahaja memperlekehkan mereka yang mempunyai agama, malah menjustifikasikan orang yang beragama ini adalah bodoh. Mereka juga kelihatan sangat ‘anti’ pada mereka yang bergelar ustaz dan mengajak orang ramai untuk tidak mudah mempercayai dan terpengaruh dengan perkara tersebut, justeru menurutnya memilih untuk tidak berpegang kepada agama dan tidak mempercayai Tuhan adalah lebih baik kerana manusia lebih bebas tanpanya.

Fahaman ini secara jelas bertentangan dengan dasar akidah Islam yang berpaksikan kepada tauhid. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Dia tidak beranak, dan Dia pula tidakdiperanakkan; Dan tiada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus