Home Kemanusiaan/Motivasi JAGALAH ADAB DALAM MENGELUARKAN KOMEN DI MEDIA SOSIAL. ALLAH MELAKNAT KEPADA ORANG-ORANG...

JAGALAH ADAB DALAM MENGELUARKAN KOMEN DI MEDIA SOSIAL. ALLAH MELAKNAT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERKATA BURUK

680
0

Memang tidak dapat dinafikan, kini kita hidup di dalam dunia kecanggihan teknologi tanpa sempadan. Akan tetapi, dalam kita meniti kecanggihan tersebut, harus ada sempadan dalam mengeluarkan kata-kata yang kurang baik terutamanya di laman sosial.

Sudah banyak kali kita melihat para netizen mengeluarkan ayat-ayat kurang sopan terutamanya apabila ia berkaitan dengan soal kelahiran dan kematian. Ini suatu perkara yang cukup sensitif, dan apa yang menyedihkan kebanyakkannya melibatkan kita sesama Muslim. Di mana akhlak dan empati kita? Firman Allah SWT:

“Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (QS An – Nisa’: 148).

Ingatlah! Allah SWT sangat membenci bahkan melaknat kepada para hambaNya yang suka berkata buruk terhadap orang lain apatah lagi sesama Muslim. Jika kita tidak mempunyai kata-kata yang baik untuk diucapkan, alangkah elok didiamkan sahaja. Seperti sabda Rasulullah SAW:

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (HR Bukhari).

Ketahuilah, penggunaan media sosial itu adalah untuk menyebarkan info yang bermanfaat untuk kebaikan ummah sejagat. Bukannya menyebarkan kebencian dan mengaibkan sesama manusia. Jagalah adab dalam mengeluarkan komen di media sosial. Jika kita tidak suka akan seseorang itu sekalipun, usahlah bertindak mengeluarkan komen-komen yang biadap hingga mengundang malu kepada pihak lain. Kifarah itu akan berbalik kepada diri kita.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan