Home MURTAD BAHAYA GERAKAN KRISTIANISASI DI NEGARA INI!!! MENGGUNAKAN PASTOR MELAYU UNTUK MEMPENGARUHI ORANG...

BAHAYA GERAKAN KRISTIANISASI DI NEGARA INI!!! MENGGUNAKAN PASTOR MELAYU UNTUK MEMPENGARUHI ORANG MELAYU SUPAYA MURTAD

885
0

Isu murtad bukanlah suatu perkara yang baru. Walaupun kesnya masih dianggap kes terpencil, namun hakikatnya ia merupakan barah akidah yang semakin menular dan semakin berkembang dalam kalangan orang Islam di Malaysia.

Isu murtad bukanlah hak individu seperti yang difahami sesetengah pihak atas dasar kebebasan beragama, atau atas alasan hak kebebasan manusia mengikut fahaman Barat, malah ia menyentuh soal keselamatan di bawah tanggungjawab kerajaan.

Isu murtad ini boleh dianggap sebagai virus paling bahaya yang tidak boleh diletakkan sebagai persoalan peribadi dan konflik kepercayaan sahaja. Hal ini menyentuh soal penjagaan agama di mana ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Jika pihak kerajaan dan umat Islam bersikap alpa, cuai dan mengambil sikap sambil lewa dalam menangani isu murtad dan memelihara agama, ia bukan sahaja akan menyumbang kepada kelemahan dan kemunduran Islam pada masa akan datang, malah akan memberi ancaman keselamatan kepada negara.

Sebagai contoh, satu ketika dahulu pernah berlaku penularan video klip di media sosial berkenaan pengakuan seorang lelaki murtad disyaki berbangsa Melayu yang mengisytiharkan dirinya sebagai penganut Kristian berstatus Pastor. Dia meyakini bahawa anutan agama baharunya itu adalah suatu yang benar berdasarkan perubahan sikap yang kononnya bertambah baik berbanding ketika beliau memeluk Islam dahulunya. Justeru itu, pastor Melayu itu telah menyeru kepada umat Islam yang lain untuk turut sama menyertainya dalam merubah diri dengan cara merubah agama dan pegangan dalam kehidupan.

Sikap individu seperti ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada masyarakat khususnya yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan mudah terpengaruh untuk melakukan tindakan yang sama. Selain itu, perselisihan faham antara agama, konflik dalam undang-undang dan kejadian menggugat keharmonian negara pasti akan berlaku sekiranya isu murtad ini tidak ditangani dengan baik.

Justeru itu, pihak kerajaan amnya, pihak berkuasa agama yang bertanggung jawab khasnya dan seluruh lapisan masyarakat Islam di negara ini perlu sama-sama memainkan peranan untuk memelihara agama sebagai bahagian terpenting berbanding dengan maqasid syariah yang lain dalam menghadapi pelbagai ancaman akidah di akhir zaman ini.

Sumber: Sinar Harian, 7 April 2020 dan Journal of Social Sciences and Humanities (Special Issue 3), 2016.