Sememangnya sebagai umat Islam kita sudah diajarkan tentang perlunya menjaga adab dan akhlak sebagai seorang Muslim dengan melakukan kebaikan dan menghindar keburukan atau dalam bahasa arab disebut sebagai amar makruf nahi mungkar. Namun, di akhir zaman ini ternyata ramai umat Islam yang memilih untuk melakukan perkara-perkara mungkar dari kebaikan.
Salah satu contoh yang paling nyata adalah adab dalam percakapan dan penulisan di media sosial. Sebilangan besar daripada kalangan Muslim hari ini tidak merasa malu untuk bercakap atau menulis perkara-perkara yang kurang sopan dan kadang kala boleh dikatakan biadap. Ini kerana setiap penulisan dan percakapan mereka sering sahaja menyakitkan hati orang lain dan boleh dianggap sebagai perbuatan menjatuhkan maruah seseorang. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang Mukmin yang paling utama (sempurna keislamannya) adalah orang Muslim lainnya selamat dari gangguan lisan dan tangannya.” (HR Muslim).
Oleh itu, sudah sampai masanya bagi seluruh umat Islam untuk melakukan perubahan terhadap tingkah laku yang mereka fikir selama ini betul. Jagalah mulut dan tangan agar tidak melakukan sebarang dosa-dosa yang tidak dapat diampunkan oleh Allah SWT selagi mana kita tidak meminta maaf kepada pihak yang telah kita sakiti. Dunia hari ini, sangat mudah untuk orang melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan atau percakapan dengan mengaibkan seseorang. Tahukah kita bahawa segala apa yang kita kerjakan ini bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Firman Alllah SWT:
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (QS al – Isra: 36).
Jadilah Muslim yang utama dengan menjaga lisan dan tangan kita daripada menyakiti dan menzalimi orang lain termasuklah juga dalam menularkan sesuatu perkara yang tidak sahih di mesia sosial.
Sumber: Laman Web Hidayatullah.com (https://www.hidayatullah.com/kajian/gaya-hidup-muslim/read/2013/10/03/6654/saatnya-menjadi-muslim-paling-utama.html)