Home Syiah SYIAH MENDAKWA IMAM 12 MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA PARA NABI DAN RASUL...

SYIAH MENDAKWA IMAM 12 MEREKA LEBIH MULIA DARIPADA PARA NABI DAN RASUL MALAH MENGKAFIRKAN SAHABAT SERTA ISTERI RASULULLAH SAW- KEBIADAPAN BEGINIKAH YANG ISLAM AJARKAN?

863
0

Orang-orang Syiah bersikap biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul. Al-Kulaini, salah seorang ulama Syiah menyebutkan bahawa darjat imamah atau imam-imam mereka lebih tinggi dari nabi-nabi dan rasul-rasul.

Seorang ulama Syiah, Mulla Baqir al-Majlisi juga berkali-kali mengatakan di dalam kitabnya Hayatul Qulub bahawa isteri Rasulullah SAW iaitu saidatina Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang menceritakan kononnya saidatina Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda. Syiah juga begitu biadap mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan lain-lain kecuali Saidina Ali dan hanya berapa sahabat lain saja yang tidak dikafirkan.

Golongan Syiah juga percaya bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari syurga kerana berdengki dengan imam dua belas. Oleh itu, Allah SWT murka lalu mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Nabi Ayub diuji oleh Allah SWT dengan penyakit kerana tidak menerima imam dua belas. Allah SWT menyembuhkan Nabi Ayub setelah beliau menerima imam dua belas. Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan besar untuk sekian lama kerana tidak percaya kepada imam dua belas. Begitulah karut dan biadabnya ajaran Syiah. Apakah ini yang Islam ajarkan jika Syiah merupakan ajaran Islam yang benar?

Sumber: Uztaz Asri Yusof – Bahaya Syiah kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah dan Negara, Seminar Pemantapan Aqidah, Majlis Agama Islam Selangor