Home Liberalisme GOLONGAN ISLAM LIBERAL ADALAH TALI BARUT DAN ‘PUPPET’ LIBERALISME BARAT UNTUK MENYEBAR...

GOLONGAN ISLAM LIBERAL ADALAH TALI BARUT DAN ‘PUPPET’ LIBERALISME BARAT UNTUK MENYEBAR FAHAMAN LIBERAL DAN MENGHANCURKAN ISLAM DI NEGARA INI BERWASPADALAH!!!

427
0

Barat menyerang Islam dan penganutnya dalam pelbagai segi, Antara usaha menghancurkan Islam ialah mengasak pemikiran liberal dalam dunia Islamsehingga melahirkan pemikiran Islam liberal sebagaimana yang dianuti oleh beberapa tokoh professional yang beriya-iya memperjuangkan ideologi tersebut seperti Mariam Mokhtar, Siti Kassim, Marina Mahathir dan sealiran dengannya.

Pemikiran logikal dan kritikal menjadi asas pemikiran mereka. Golongan terbabit menafsir agama mengikut kehendak atau kesesuaian agenda mereka dalam acuan yang menyeleweng, samada dari segi akidah atau hukum syarak.

Kelompok ini begitu lantang dan cuba bertindak berani walaupun pada zahirnya mereka bukan menolak agama, akan tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama. Tanpa sedar mereka golongan Islam liberal ini sebenarnya telah menjadi ‘puppet’ dan tali barut Barat dalam menyebarkan dakyah orientalis Barat, menolak agama Islam, memanipulasi pemikiran generasi anak-anak muda.

Penyebaran secara terang-terangan ini jika tidak disekat sepenuhnya akan mengakibatkan ‘kemusnahan’ besar-besaran terhadap akidah umat Islam terutama sekali bagi mereka yang tiada asas agama yang kukuh. Tidak perlu pandang jauh, buka sahaja medium tiktok, ramai anak muda malah orang tua bertutup litup membalut aurat mempamerkan tarian yang tidak sepatutnya dianggap ‘challenge’ untuk dipamerkan pada khalayak ramai.

Mungkin perbuatan tersebut dianggap biasa kerana telah menjadi normalisasi masyarakat setempat dan global, sedangkan ianya haram disisi Islamdan telah mencalarkan maruah agama Islam itu sendiri. Sedarlah wahai semua umat Islam bahawa dakyah orientalis Barat ini yang disebarkan melalui ‘puppet’ mereka sebenarnya adalah ancaman ideologi yang sangat bahaya kepada rakyat dan pemerintah negara Islam. Sama-samalah kita membanterasnya.

Sumber: Berita Harian, 29 FEB 2016