Home Syiah KEJAHATAN SYIAH YANG TERSERLAH!!! BERKOMPLOT DENGAN YAHUDI UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM, MEMESONGKAN...

KEJAHATAN SYIAH YANG TERSERLAH!!! BERKOMPLOT DENGAN YAHUDI UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM, MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM MALAH MEMUSUHI ORANG-ORANG SUNNI (ASWJ)

492
0

Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dalam salah satu bukunya berjudul “Warrior” menyatakan dengan tegas bahawa “antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Justeru musuh-musuh kami yang hakiki adalah sel-sel organisasi ‘pengganas’ Palestin dan orang Syria yang banyak membantu organisasi-organisasi “pengganas’ ini!”. Apa yang dimaksudkan adalah orang-orang Sunni yang menentang kekejaman Yahudi dan Syiah di Israel, Lebanon, Iraq dan Syria.

Jika dilihat di Iran, orang-orang Yahudi mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Iran. Sebaliknya, orang-orang Sunni dianggap sebagai musuh utama. Bahkan di parlimen Iran, terdapat seorang Yahudi yang dilantik sebagai wakil bagi pihak kaumnya. Sementara itu, minoriti Yahudi di Iran mendapat layanan istimewa berbanding orang-orang Islam Sunni yang sering diburu seperti tikus dan ulama-ulamanya dibunuh serta rumah-rumah ibadah sama ada masjid atau surau-surau dirobohkan. Bahkan lebih teruk lagi, orang Islam Sunni kini tidak mempunyai masjid untuk solat jumaat berbanding sinagog (biara Yahudi) yang bertebaran di serata bumi Iran.

Bukan itu sahaja, dalam penulisan Ariel Sharon tersebut juga turut menyatakan bahawa Syiah mungkin sudah seperti saudara sendiri bagi Israel. Malah dia mengakui bahawa antara Israel (Yahudi) dengan Syiah tidak pernah ada masalah. Demikianlah perhubungan akrab yang dapat disaksikan antara Yahudi dan Syiah yang saling bekerjasama membantu dari segala aspek demi kepentingan masing-masing.

Sementara itu, Syeikh Sa’id Hawwa, ulama Ikhwan Muslimin Syria, membentangkan asal-usul kemasukan akidah yang syaz (akidah yg tergelicir yang menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah) dalam pegangan Syiah. Pengaruh ajaran Majusi, Yahudi dan falsafah asing banyak terserap sehingga menjadi sebahagian daripada usul ajaran Syiah.

Mazhab Syiah Imamiah Ithna Asyariah (Imam 12) telah menghukum sesat aliran-aliran Syiah yang melampau seperti al-Ismailiyyah al-Nusairiyyah sedangkan Imam 12 itu sendiri mendukung fahaman yang tidak kurang penyimpangannya. Jika dibandingkan dengan konsep kemaksuman (tiada dosa) Imam yang menjadi usul ajaran Syiah dengan sikap Yahudi dan Kristian terhadap paderi dan rahib adalah sama.

Kemaksuman para imam menurut kepercayaan Syiah menduduki martabat yang lebih tinggi daripada Nubuwwah sehingga mencetuskan syirik kepada Allah SWT. Konsep-konsep melampau ini jelas sekali menunjukkan bahawa ajaran-ajaran Yahudi telah meresap dalam ideologi Syiah sehingga membuat fatwa-fatwa tersendiri demi kepentingan sendiri. Oleh itu, mengapa masih perlu percaya terhadap ajaran Syiah?

Sumber: Buku Syi’ah Komplot Tawan Dunia – Syeikh Abu Muhammad Musanna