Home KRISTIANISASI BAHAYA!!! GERAKAN KRISTIANISASI SEMAKIN BERLELUASA – PERKEMBANGANNYA PERLU DIPANDANG SERIUS DAN TERUS...

BAHAYA!!! GERAKAN KRISTIANISASI SEMAKIN BERLELUASA – PERKEMBANGANNYA PERLU DIPANDANG SERIUS DAN TERUS DIAWASI MESKIPUN TERDAPAT PEMIMPIN ISLAM SENDIRI YANG CUBA MENAFIKANNYA ATAS ALASAN POLITIK

118
0

Apakah ada kebenarannya apabila sesetengah pihak masih menafikan bahawa terdapat usaha pemurtadan secara aktif oleh para mubaligh Kristian? Dan yang menjadi kehairanan adalah orang Islam sendiri yang menafikan perkara ini tidak berlaku. Umat Islam perlu sedar apabila pendakyah Kristian telah cuba memurtadkan orang Islam, maka ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng.

Sebagai contoh dahulu seorang pemimpin, Khalid Samad, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa gejala murtad ini adalah satu dakwaan yang tidak berasas kepada mana-mana fakta, malah dalam penulisan blognya menyatakan bahawa isu Kristianisasi ini hanya hendak dipolitikkan.

Bukan itu sahaja, malah semasa berlakunya peristiwa serbuan pihak JAIS di sebuah dewan milik pertubuhan Kristian, Damansara Utama Methodist Church (DUMC) suatu ketika dahulu kerana ingin membuat pemeriksaan ke atas dakwaan terdapat 50 orang Muslim sedang berbuka puasa di situ anjuran pihak DUMC, Herman Shastri dari Council of Churches Malaysia telah mengkritik teruk tindakan tersebut dengan kenyataannya:
“The vocal Christian slammed JAIS for resorting to such high-handed action in conducting its investigations without first checking with the church leaders”

Para pendakyah Kristian mengecam tindakan tersebut kerana mereka hanya menganjurkan majlis berbuka. Namun, terdapat satu email daripada seorang pastor yang menyeru masyarakat Kristian untuk mendoakan mereka yang diperiksa JAIS.
“During the last week here in Malaysia, the Police raided the place where approximately 50 former Muslims were gathered and took all prisoners. This missionary couple friends of ours sent us this request for prayer below ajudenos in prayer. Thanks” – Pastor Rock and Karen.

Email ini ternyata menyebut bahawa para Muslim yang terlibat adalah di kalangan mereka yang menjalani proses murtad tetapi berselindung di bawah program berbuka puasa untuk mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa tempatan. Email asal dari pendakyah Kristian di Malaysia sememangnya adalah mereka yang dihantar oleh Lembaga Dakyah Dunia (Junta de Missoes Mundiasis, JMM) di bawah Pertubuhan Baptis Brazil untuk menjalankan kerja-kerja dakyah Kristianisasi melalui sukan.

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya terdapat pusat sukan di negara kira diasaskan oleh tokoh dakyah Kristian kerana matlamatnya hanya satu iaitu untuk mengkristiankan seluruh umat Islam di Malaysia. Jelasnya kerja-kerja dakyah jahat Kristian memang berlaku semenjak dahulu lagi. Pihak pendakyah Kristian sememangnya tidak akan mengaku, namun kita sebagai umat Islam janganlah terbuai dengan tipu helah jahat mereka ini demi mencapai kepentingan dan kesenangan dunia. Ingatlah bahawa akidah itu adalah harga diri yang paling mahal sekali bagi umat Islam. Pincang akidah, maka rosaklah iman dan Islam.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia dan akarimor.wordpress.com