Home Uncategorized BERHATI-HATILAH DARI TERPENGARUH DENGAN ANCAMAN FAHAMAN DAN KEPERCAYAAN YANG MENYESATKAN DIRI DAN...

BERHATI-HATILAH DARI TERPENGARUH DENGAN ANCAMAN FAHAMAN DAN KEPERCAYAAN YANG MENYESATKAN DIRI DAN AKIDAH

561
0

Secara umumnya, ajaran sesat dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu ajaran baru, ajaran tarekat dan ajaran melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung kait dengan perkara-perkara mistik dan budaya hidup.

Bagi kategori ajaran baru, ianya terbahagi kepada dua bentuk:
i. Ancaman fahaman dan kepercayaan yang berbentuk tradisi
Contohnya: fahaman zindik yang mempunyai ajaran Tuhan dalam diri atau tubuh manusia, fahaman Jabariyyah, Mu’tazilah dan fahaman Wahdah al-Wujud yang menyalahi konsep keesaan Allah SWT.

ii. Ancaman fahaman dan kepercayaan moden
Contohnya: kebanyakannya dicipta oleh manusia sendiri seperti fahaman sekularisme yang memisahkan urusan agama dari kehidupan dunia, materialisme, saintisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme dan liberalisme

Kebanyakan umat Islam di Malaysia kurang menyedari betapa ajaran baru yang berbentuk moden juga boleh mengurangkan kemurnian akidah Islam sehingga ajaran tersebut menjadi pegangan hidup sebahagian besar umat Islam. Sedangkan ajaran tersebut pada hakikatnya bukanlah daripada Islam malah mereka menyedari bahawa ianya berasal dari Barat serta bertentangan dengan konsep akidah Islam yang sebenar.

Namun, disebabkan fahaman-fahaman tersebut dianggap lebih logik pada akal, mudah dan dianggap sebagai mengikut arus kemodenan semasa, maka diterima seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan. Belum lagi diulas berkenaan dengan golongan manusia yang mengikut ‘tok guru’ yang dianggap Tuhan. Lihatlah betapa sakitnya umat Islam kini yang sangat rapuh akidahnya apabila anasir-anasir sesat ini cuba menembusi pemikiran dan mempengaruhi akidah.

Sumber: nasihatdarihati.wordpress.com