Hizbut Tahrir mendakwa tentang pentingnya menegakkan negara Islam atau Khilafah Islamiyyah. Namun, dari sudut pelaksanaan mereka memiliki jalan dan cara yang berbeza dalam menegakkan sistem negara Khilafah mereka tersendiri.
Hizbut Tahrir menjadi kumpulan yang berideologi ekstrim dalam membawa pandangan serta perjuangan mereka, sikap melampau kumpulan ini menyebabkan mereka menghukum kafir terhadap masyarakat Islam yang tidak menerima doktrin mereka dengan alasan redha atau tunduk di bawah sistem kafir.
Oleh sebab itu, Hizbut Tahrir menyebarkan doktrinnya supaya rakyat Malaysia yang sedang diambang Pilihanraya Umum ke-15 ini untuk tidak turun membuang undi kerana dianggap demokrasi ini adalah sistem Barat yang perlu diboikot. Sesiapa yang mengambil bahagian dalam sistem pengundian secara demokrasi ini dianggap sebagai kafir.
Bukankah itu satu tuduhan melampau yang dilemparkan? Sedangkan lebih banyak keburukan yang mendatang sekiranya umat Islam tidak turun mengundi. Mahukah negara Malaysia ini dikuasai oleh orang bukan Islam? apabila sudah diperintah oleh orang bukan Islam, adakah agama Islam akan dimartabat seperti mana sekarang ini? Pada ketika ini bangsa Melayu dan agama Islam masih terselamat kerana semuanya telah termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai hak keistimewaan.
Namun, fikirkan masa hadapan anda sekiranya Melayu-Islam tidak lagi memerintah? Jadi mengapa masih terpengaruh dengan ideologi Hizbut Tahrir yang memboikot pilihan raya ini? Apabila ada dua perkara yang seiring dalam satu perkara, maksudnya ada kebaikan dan ada keburukan, maka sekiranya kebaikan dan manfaatnya adalah lebih daripada keburukan, maka pilihlah ia supaya tidak jatuh kemudaratan. Renung-renungkan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia