Seorang missionari Kristian membuat pengakuan bahawa terdapat golongan missionari yang dipanggil sebagai ‘missionary expatriate’. ‘Missionary expatriate’ ini tugasnya adalah memeluk agama Islam dengan bersyahadah, kemudiannya ia akan masuk ke masjid-masjid bergaul dengan para jemaah untuk menarik orang Islam ke agama Kristian.
Jika sebelum ini wujudnya golongan ‘insider movement’ iaitu mereka dalam kalangan umat Islam yang telah murtad tetapi masih mengekalkan identiti Islamnya sebagai budaya atau untuk berselindung disebalik keluarga mahupun masyarakat sedangkan telah mengakui Jesus sebagai Tuhan. Bayangkan kedua-dua golongan ini bergabung?
Hal ini menunjukkan niat puak-puak gereja ini amat jelas untuk menjatuhkan umat dan agama Islamitu sendiri untuk menguasai segenap aspek dan ruang lingkup kehidupan. Strateginya mudah, pengaruhi umat Islam dengan ideologi-ideologi kristianisasi, tunjukkan gaya hidup yang moden, jaga kebajikan, salurkan kewangan, sentiasa mengambil berat, sanggup masuk ke kawasan pedalaman, berkahwin dengan orang Islam dan sebagainya.
Islam adalah sebuah agama yang paling digeruni oleh agama lain. Maka tidak hairanlah jika wujudnya puak-puak missionari Kristian berusaha keras untuk mengkristiankan seramai mungkin umat Islam demi kelangsungan agamanya. Namun, pucuk pangkalnya adalah pada diri kita sendiri sebagai orang Islam. Teguhkan pendirian, kuatkan akidah, sentiasa istiqamah menjalankan amanah-amanah sebagai hambaNya, moga terus tabah menghadapi cabaran di akhir zaman ini.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia dan akarimomar.wordpress.com