Home Syiah KEGANJILAN AKIDAH SYIAH PERLU DITOLAK KERANA BERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

KEGANJILAN AKIDAH SYIAH PERLU DITOLAK KERANA BERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

187
0

Menurut kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah, ajaran Syiah didapati bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ia menjadi duri dalam daging kepada umat Islam. Bahkan boleh menjadi ancaman kepada institusi kekeluargaan, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.

Antara keganjilan yang diamalkan oleh Syiah adalah:
i. Imam sembahyang mengimamkan solat di depan dan berada di dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum);
ii. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi;
iii. Apabila selesai baca tahiyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan dan tidak memberi salam sebelah kanan;
iv. Azan dikumandangkan dengan memasukkan nama Saidina Ali;
v. Wuduk tidak perlu membasuh kaki;
vi. Semasa sembahyang Jumaat, ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Apabila imam rukuk diseru kuat-kuat ‘rukuk’, kalau berdiri diseru ‘qiyam’, yang akhirnya dia pun tidak sembahyang Jumaat; dan lain-lain.

Berdasarkan sebahagian perkara-perkara ganjil yang disenaraikan itu maka jelaslah kepada kita bahawa akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah saling bertentangan dengan akidah Syiah. Ini kerana soal akidah dan kebenaran pastinya tidak ada sebarang kompromi atau toleransi, pasti jawapannya adalah sesat dan terpesong dari ajaran Islam yang benar sebagaimana syariat yang diturunkan oleh Allah dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Muhasabahlah diri agar tidak termasuk dalam kalangan golongan-golongan yang sesat.

Sumber: Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan