Home Ajaran Sesat BERHATI-HATI DENGAN GOLONGAN AJARAN SESAT!!! MENGAKU NABI DAN MENGHALALKAN DARAH GOLONGAN YANG...

BERHATI-HATI DENGAN GOLONGAN AJARAN SESAT!!! MENGAKU NABI DAN MENGHALALKAN DARAH GOLONGAN YANG MENENTANGNYA

514
0

Hairul Idris Mohamed, seorang pemilik akaun Facebook yang mengaku dirinya adalah Rasulullah dan kekasih Allah. Dalam ‘postingnya’ banyak pengakuan-pengakuan kerasulan dibuat dan mendakwa segala bencana yang terjadi adalah kerana Allah mendengar doanya sebagai kekasih Allah. Tindakan sebegini telah menyebabkan ramai netizen tidak senang dengan kelakuannya dan mendakwa dirinya adalah sesat.

Disebabkan komen tersebut, Hairul telah mengarahkan supaya umat Islam membunuh dan menghalalkan darah mereka yang mendakwa dirinya sesat, malah menjamin syurga bagi sesiapa yang berjaya membunuh golongan tersebut. Hairul telah berpegang kepada kata-kata Umar al-Khattab: “Sesiapa yang mencaci Allah, atau mencaci salah seorang Nabi, maka bunuhlah dia”.

Inilah akibatnya jika mentafsir ayat-ayat Allah menggunakan logik akal sedangkan jahil dalam agama. Sedarlah umat Islam bahawa Rasul terakhir adalah Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang mengaku Nabi atau Rasul selepasnya ternyata ianya palsu. Tidak perlu keliru, tidak perlu termakan dengan apa-apa kenyataan kerana perkara ini jelas telah diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran malah disokong oleh hadis-hadis Nabi. Hati-hati dalam menjalani kehidupan akhir zaman yang penuh dengan dusta, tetap teguhlah dengan ajaran Islamyang benar.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- 2022