Dalam sebuah debat, seorang penganut ateis telah memperlekehkan kepercayaan seorang Muslim.
Ateis: Bagaimana anda boleh percaya pada cerita seorang lelaki menaiki kuda terbang berjumpa Tuhan? Mengarut! Kuda terbang tidak wujud!
Muslim: Baiklah, adakah anda percaya kepada teori multimesta (multiverse)?
Ateis: Ya, ia teori sainstifik, sudah tentu saya percaya!
Muslim: Adakah anda juga percaya bahawa terdapat infiniti alam semesta dengan infiniti kemungkinan?
Ateis: Sudah tentu, ia salah satu aspek dalam teori multimesta.
Muslim: Oleh itu, disebabkan terdapat seinfiniti kemungkinan, maka ada tidak kemungkinan bahawa terdapat alam semesta di mana kuda terbang itu wujud?
Ateis: Ya, ada kemungkinan wujud.
Muslim: Nah, anda juga percaya kewujudan kuda terbang. Ternyata anda mengetawakan diri sendiri!
Ambillah iktibar dari kisah ini. Sesungguhnya tanda-tanda kewujudan Tuhan ada di mana-mana. Ia boleh diperoleh melalui al-Quran, juga terbentang luas pada seluruh alam ciptaanNya. Tanda-tanda itu juga ada pada diri manusia itu sendiri, sebagaimana firman Allah dalam Surah Fushilat, ayat 53, Maksudnya:
“Kami memperlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka, ia adalah benar.”
Sumber: Fakir ilmu dan Hidayah Centre Foundation