Ebrahim Richmond dahulunya merupakan seorang ketua paderi di sebuah gereja di Afrika Selatan. Perkhidmatannya selama 15 tahun sebagai paderi telah berjaya mengumpul seramai 100,000 orang pengikut ajaran Kristian. Tidaklah hairan dia mempunyai pengikut seramai itu kerana agama Kristian merupakan agama utama di negara tersebut. Apa yang mengagumkan adalah dengan keislamannya telah membuatkan kesemua pengikutnya turut memeluk agama Islam tanpa ada bangkangan dari mana-mana pengikutnya.
Bekas ketua paderi tersebut telah didatangi mimpi yang sama beberapa kali supaya mengarahkan pengikutnya untuk memakai pakaian putih apabila hadir di gereja. Akhirnya, Ebrahim Richmond akur bahawa mimpi tersebut sebenarnya adalah seruan untuk dirinya memeluk Islam dan menjadi tanggungjawab pada dirinya jua untuk menyeru kepada pengikut-pengikut Kristiannya memeluk agama yang tidak mampu disangkal kebenarannya iaitu Islam. Kisahnya ini telah mendapat perhatian daripada Raja Salman, Arab Saudi, lalu menjemput Ebrahim untuk menjadi tetamu Allah menunaikan haji baru-baru ini.
Kesimpulannya, janganlah mudah menilai seseorang dan memandang hina jika mereka sedang dalam kejahilan dan kelalaian, namun lihatlah pengakhiran seseorang itu. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT. Ambillah iktibar dari kisah Ebrahim ini, betapa besarnya hidayah Allah dimilikinya yang bukan sahaja dirinya sendiri mendapat impak yang baik, malah besar pahala yang didapatinya jua patut kita cemburui kerana berjaya mengajak 100,000 orang yang lain untuk turut memeluk Islam. Renung-renungkan.
Sumber: Malaysiadateline.com – JUN 2023 dan Borakdaily.com – JUN 2023