Home Syiah NAMA SAIDINA ALI DAN AHLUL BAIT DIGUNAKAN SEBAGAI TOPENG BAGI MELINDUNGI KESESATAN...

NAMA SAIDINA ALI DAN AHLUL BAIT DIGUNAKAN SEBAGAI TOPENG BAGI MELINDUNGI KESESATAN SYIAH

344
0

Semasa berlaku pertikaian antara Muawiyah dan Saidina Ali selepas kewafatan Saidina Uthman yang pada hakikatnya hanya bersifat politik semata-mata dan tidak membabitkan akidah dan pegangan agama. Pengikut Saidina Ali disebut ‘Syiah Ali’ manakala pengikut Muawiyah disebut ‘Syiah Muawiyah’.

Namun, penggunaan perkataan ‘Syiah’ kemudiannya berkembang kepada pengertian khusus yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut setia Saidina Ali dan Ahlul Bait. Semenjak peristiwa kematian Saidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah semakin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab yang telah menyentuh persoalan akidah. Perselisihan terjadi dengan lebih besar disebabkan akidah dan syariat yang diyakini oleh golongan Syiah yang menyeleweng daripada akidah dan syariat yang dipegang oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Nama Saidina Ali dan Ahlul Bait digunakan sebagai topeng bagi melindungi ajaran bid’ah yang mereka bawa dengan tujuan meruntuhkan Islam yang dipegang oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Syiah yang sekarang tidak boleh diajak berbincang dengan lidah, sebaliknya mereka menunjukkan penentangan terbuka dengan senjata terhadap Ahli Sunnah.

Kebencian Syiah yang amat sangat ditunjukkan kepada Ahli Sunnah sehingga sanggup bersama melakukan pengkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata untuk menghancurkan golongan Ahli Sunnah, maka ketika ini kita kena menilai kembali hubungan kita dengan Syiah.

Sumber: Buku ‘Mengenal Hakikat Syiah’, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Buku ‘Syi’ah Komplot Tawan Dunia’, Sheikh Muhammad Musanna.