Menurut perspektif Islam, golongan ateisme hanya berpegang kepada prinsip logik dalam membuktikan sesuatu perkara termasuk kewujudan Allah SWT. Mereka berpendirian bahawa semua kepercayaan beragama yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah tidak benar.
Dengan segala bentuk persoalan logik ini, tanpa jati diri dan pegangan iman yang kukuh, maka sangat dibimbangi seseorang muslim akan mudah menyokong fahaman ini yang dilihat begitu terbuka dan longgar daripada pedoman agama. Fahaman itu memberikan akal manusia bebas untuk mengkaji sesuatu di luar kemampuan akal tanpa perlu berpandukan kepada petunjuk wahyu Ilahi. Mereka percaya adanya agama tetapi mereka tidak percaya adanya Tuhan. Kepercayaan seperti ini adalah sifat kufur yang sangat besar dosanya di sisi Allah SWT.
Hakikatnya, kepercayaan golongan ini boleh menganggu ketenteraman awam dan merosakkan prinsip kehidupan beragama serta memusnahkan kepercayaan kepada Tuhan yang diamalkan oleh masyarakat di negara ini.
Sumber: JAKIM dan Astro Awani.