Home Ektremisme/radikalisme TOKONG TERTERA KALIMAH ALLAH: ELAK PROVOKASI, HORMATI SENSITIVITI AGAMA ISLAM

TOKONG TERTERA KALIMAH ALLAH: ELAK PROVOKASI, HORMATI SENSITIVITI AGAMA ISLAM

16
0

Isu penemuan sebuah tokong yang tertera kalimah “Allah” dan “Basmalah” di Pantai Siring, Melaka telah mencetuskan kontroversi dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Bagi umat Islam, kalimah “Allah” dan “Basmalah” adalah lafaz suci dan menjadi ibadah bagi umatnya. Apabila ia dipaparkan pada binaan tokong atau tempat pemujaan agama lain, ia boleh menimbulkan kekeliruan serta menyentuh sensitiviti dalam kalangan masyarakat Islam.

Pihak berkuasa juga seperti Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), polis dan pihak berkuasa tempatan telah bertindak dengan menjalankan siasatan dan mengarahkan binaan tersebut dikosongkan sebelum dirobohkan bagi mengelakkan salah faham dalam masyarakat lebih-lebih lagi umat Islam yang kurang kefahaman agamanya.

Malah terdapat laporan bahawa individu yang disyaki menconteng kalimah tersebut mungkin seorang lelaki kurang siuman yang dikenali sebagai “Ucuk” dan polis sedang mengesannya untuk membantu siasatan.

Justeru itu, masyarakat perlu mengambil pengajaran supaya sentiasa menjaga sensitiviti agama memandangkan persekitaran sosial Malaysia yang berbentuk variasi agama, bangsa dan kaum. ‘Salah langkah’ bukan sahaja memberi kesan kepada diri, malah khuatir boleh mencetuskan ancaman keselamatan seperti rusuhan kaum dan mengulangi peristiwa berdarah. Maka, hati-hati.

Sumber: Sinar Harian – 09 APR 2026